Sunday, September 29, 2024
HomeBREAKING NEWSKeganasan rumah tangga bertambah teruk ketika pandemik

Keganasan rumah tangga bertambah teruk ketika pandemik

Lebih 1,200 kes penderaan seksual ke atas wanita dilaporkan tahun ini.

PETALING JAYA: Sebanyak 2,287 kes keganasan rumah tangga dilaporkan tahun ini, kebanyakannya berlaku ketika pelbagai perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sejumlah 4,349 kes penderaan kanak-kanak, termasuk penderaan fizikal, seksual dan emosi, selain 1,263 kes penderaan seksual terhadap wanita turut dilaporkan, kata Timbalan Setiausaha Rendah Pembangunan Masyarakat, Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya kementerian itu, Kolony Gunting.

Semasa berucap dalam forum maya bertajuk “Recover Better – Stand Up for Human Rights”, beliau berkata, statistik itu hanya melibatkan laporan secara langsung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Talian Kasih (15999) dan tidak mengambil kira laporan polis.

Katanya, angka itu “agak tinggi”, tetapi ia tidak membuat perbandingan dengan statistik tahun sebelumnya.

Pegawai hak asasi manusia di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) Asia Tenggara, Shivani Verma berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan masalah sedia ada yang dihadapi ramai wanita bertambah teruk.

“Manifestasi diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan berleluasa sebelum Covid-19 dan ia bertambah teruk dalam kebanyakan aspek kehidupan, daripada peningkatan risiko keganasan berdasarkan jantina, keperluan kesihatan pembiakan seksual yang tidak dipenuhi sehingga hak mendapatkan kerja dan pendidikan.”

Forum berkenaan diadakan sempena Hari Hak Asasi Manusia 2020 yang dianjurkan bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Kementerian Luar, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri dan PBB di negara ini.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments