Saturday, October 5, 2024
HomeBREAKING NEWSJangan tergesa-gesa bagi ‘pasport imuniti’, Putrajaya diberitahu

Jangan tergesa-gesa bagi ‘pasport imuniti’, Putrajaya diberitahu

Pengembara dari beberapa negara dilarang memasuki Malaysia sehingga akhir tahun.

PETALING JAYA: Seorang bekas timbalan menteri kesihatan memberi amaran kepada kerajaan tidak tergesa-gesa melaksanakan cadangan untuk membenarkan pengembara yang sudah diberi vaksin memasuki negara ini tanpa menjalani kuarantin.

Dr Lee Boon Chye berkata, kerajaan perlu meneliti keberkesanan vaksin Covid-19 di negara lain sebelum mengambil risiko, mensia-siakan usaha dibuat untuk memerangi virus itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan bekas perdana menteri Najib Razak.

Bercakap kepada FMT, Lee berkata: “Pasport yang disebut ‘imuniti’ itu adalah sesuatu yang perlu kita teroka secara aktif. Namun, kita perlu memastikan vaksin itu terbukti berkesan dalam mencegah jangkitan.

Dr Lee Boon Chye.

“Oleh itu, kita perlu menilai pelbagai vaksin dari pelbagai negara.”

Najib memberi cadangannya dalam catatan di Facebook baru-baru ini. Beliau menggesa Putrajaya memberikan pengecualian kuarantin kepada pelancong dan mereka yang berhasrat untuk melabur atau menjalankan perniagaan di Malaysia.

Katanya, vaksin Covid-19 sudah tersedia di beberapa negara dan menyatakan Malaysia “agak lambat”.

Tetapi beliau menambah: “Saya harap Malaysia boleh menjadi negara pertama dalam dunia untuk membuka sempadan tanpa keperluan kuarantin kepada pelawat yang telah diberi vaksin (dan tidak lagi boleh berjangkit dan dijangkit).

“Terutamanya dari negara-negara di mana keadaan Covid agak terkawal.”

Lee mencadangkan supaya “pasport imuniti” diberikan kepada mereka yang sembuh daripada jangkitan.

“Jangkitan kedua sangat jarang berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan atau lebih lama,” katanya.

Beliau berkata, penting bagi kerajaan untuk melawan peningkatan kes dalam kalangan pendatang asing sebelum memutuskan untuk membuka sempadan kepada pelancong atau ahli perniagaan.

“Risiko kes import Covid-19 lebih tinggi dalam kalangan pendatang tanpa dokumen,” katanya. “Sementara kita memutuskan sama ada akan membuka sempadan kita untuk pelancong, kita mesti memastikan masalah kemasukan pendatang tanpa izin ini dihentikan.”

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments