Sunday, December 22, 2024
HomeBREAKING NEWS8 tanaman ini boleh halau nyamuk

8 tanaman ini boleh halau nyamuk

Menanam pokok yang tidak disukai nyamuk boleh menghalang ia singgah ke rumah anda. (Gambar Rawpixel)

Nyamuk memang merbahaya kepada manusia apa tah lagi jika ianya nyamuk aedes. Gigitan nyamuk yang menghisap darah manusia akan meninggalkan kesan merah dan gatal pada kulit.

Antara cara yang sering diguna untuk menghalau nyamuk adalah dengan menggunakan ubat nyamuk samada semburan atau lingkaran asap.

Namun, sebenarnya ada cara yang lebih semulajadi untuk mengusir nyamuk dari hinggap ke rumah kita ialah dengan menanam beberapa jenis tumbuhan yang tidak mereka sukai.

Selalunya, daun tumbuhan ini samada dihancurkan, dibakar atau dicampur dengan minyak agar ia mengeluarkan aroma tertentu untuk menghalau nyamuk.

Apa kata, cuba tanam tanaman berikut di rumah dan lihat hasilnya.

1. Serai wangi

Serai wangi mempunyai aroma lemon yang tidak disukai nyamuk. (Gambar Wikipedia)

Serai wangi mempunyai aroma lemon yang segar dan menyenangkan bagi manusia, namun tidak disukai nyamuk. Aromanya yang wangi dan kuat, sering digunakan sebagai bahan alami seperti lilin dan produk wangian lain.

Bentuknya seperti serai atau lalang dan sering menjadi tanaman sampingan bersama tanaman lain.

2. Lavender

Aroma lavender yang menenangkan sering digunakan dalam produk wangian. (Gambar Wikipedia)

Bunga lavender dikenali memiliki aroma yang menenangkan. Lavender adalah tanaman yang tahan dari kekeringan dan dapat tumbuh dengan baik di bawah sinar matahari dengan penjagaan air yang cukup.

3. Bunga tahi ayam

Bau bunga tahi ayam tidak disukai oleh nyamuk dan serangga. (Gambar Rawpixel)

Bunga tahi ayam atau marigold adalah tanaman yang berasal dari benua Amerika. Selain berupaya menghalau nyamuk, bunga dari tanaman ini juga cantik untuk menghias halaman rumah.

Ia mudah tumbuh dengan baik di dalam pasu. Bukan hanya nyamuk, bunga tahi ayam juga berupaya menghalau hama dan serangga.

4. Bawang putih

Bawang putih yang kaya dengan pelbagai khasiat, turut dapat menghalau nyamuk. (Gambar Rawpixel)

Menanam bawang putih adalah cara yang bagus untuk melindungi diri dari nyamuk. Boleh saja ditanam dalam pasu, kerana selain boleh menghalau nyamuk, ia juga boleh digunakan sebagai bahan masakan.

5. Catnip

Tumbuhan renek ini boleh menghayalkan kucing dan tidak disukai oleh nyamuk serta serangga lain. (Gambar Wikipedia)

Tumbuhan renek ini mempunyai daun lembut berwarna hijau dan bunga berwarna putih-ungu. Ia tumbuh merimbun dan dikatakan boleh menghalau nyamuk dan hama.

Namun, catnip sedikit merbahaya kepada kucing kerana ia boleh menghayalkan mereka. Oleh itu, tanamlah di tempat yang agak jauh dari jangkauan kucing kesayangan anda.

6. Basil

Basil boleh ditanam di dalam pasu di ruangan dapur, pada tempat yang lembab. (Gambar Rawpixel)

Basil bukan hanya sedap sebagai bahan masakan tetapi juga hebat sebagai pengusir nyamuk dan lalat. Ada beberapa jenis basil yang boleh ditanam iaitu basil manis dan basil Genovese, keduanya berfungsi untuk mengusir nyamuk.

Tanam saja basil di dalam pasu di ruang dapur dan pastikan tempat tersebut lembab dan berada di bawah cahaya matahari.

7. Rosemary

Aroma yang menenangkan cukup bagus untuk manusia tetapi bukan nyamuk. (Gambar Rawpixel)

Rosemary memiliki wangian yang sedap. Walaupun tumbuh subur di iklim yang panas dan kering, ia juga tumbuh baik dalam semua kondisi lain. Namun, tumbuhan ini tidak disukai oleh serangga terutamanya nyamuk.

8. Pudina

Pudina yang segar bukan hanya dinikmati untuk makan dan minuman tetapi boleh menghalau nyamuk. (Gambar Rawpixel)

Daun pudina tidak hanya boleh dimakan, diminum bersama teh atau koktail, tetapi juga boleh mengusir nyamuk, semut dan lalat.

Anda boleh menanam di sekitar rumah sambil menikmati udara segar dengan wangian pudina.

Tidak lengkap jika hanya menanam tanaman untuk menghalau nyamuk, tetapi amalkan kebersihan di rumah dengan membersihkan takungan air agar bebas dari jentik-jentik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments