Friday, November 29, 2024
HomeBREAKING NEWS7 maut dalam serangan pisau di China

7 maut dalam serangan pisau di China

Tujuh lagi cedera dalam serangan ‘rambang’ di wilayah Liaoning pada Ahad. (Gambar fail)

BEIJING: Seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau membunuh tujuh orang dan mencederakan tujuh yang lain di timur laut China pada Ahad, lapor media kerajaan.

Polis yang menyifatkan ia sebagai serangan “rambang” – dilaporkan berlaku di bandar Kaiyuan, wilayah Liaoning pada 8.14 pagi semalam.

Penyerang itu kemudiannya ditahan di sebuah rumah mandi tempatan.

Pejabat keselamatan awam Kaiyuan dalam laman Weibo berkata, siasatan sudah dimulakan.

Serangan sedemikian agak biasa di China, di mana senjata api diharamkan, dan sering digunakan dalam serangan rambang oleh individu berang yang menganggap diri menjadi mangsa ketidakadilan serta bertindak membalas dendam terhadap masyarakat.

Pada Februari 2019, lapan maut dan tujuh cedera di sebuah kampung di timur laut China apabila seorang lelaki mengesyaki isterinya berzina.

Pada April 2018, seorang lelaki berusia 28 yang bersenjatakan pisau membunuh sembilan pelajar kolej dan mencederakan 12 yang lain di luar sebuah sekolah di utara wilayah Shaanxi.

Penyerang itu kemudiannya berkata, dia berbuat demikian untuk membalas dendam selepas diganggu seorang pelajar di sekolah sama.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments