Saturday, October 19, 2024
HomeBREAKING NEWS4 kluster baru Covid-19 dikesan di Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan KL

4 kluster baru Covid-19 dikesan di Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan KL

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti empat kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster terbabit adalah kluster Cassia Diamond di Selangor dan Pulau Pinang, kluster Pompod di daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah.

Manakala itu kluster Tapak Bina Kiara pula di kesan di daerah Kepong, Kuala Lumpur dan kluster Tapak Bina Perkasa di Cheras, juga di Kuala Lumpur.

Kluster Cassia Diamond melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak di Selangor, serta daerah Barat Daya di Pulau Pinang.

“Kes indeks bagi kluster ini, iaitu kes ke- 99,203 dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Dis melalui saringan individu bergejala.

Sehingga 25 Dis, 76 individu disaring dengan 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Manakala itu kluster Pompod pula melibatkan daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini, iaitu kes ke-82,544 dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Dis melalui saringan individu bergejala.

“Sehingga 25 Dis, 216 individu disaring, di dengan 19 kes dikesan positif dalam kluster ini.

Noor Hisham berkata, kes bagi kluster Tapak Bina Kiara dilaporkan positif COVID-19 bermula 21 Dis melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

Sehingga 25 Dis, 13 kes dikesan positif dalam kluster ini.

Sementara itu, kluster Tapak Bina Perkasa pula melibatkan tempat kerja di daerah Cheras, Kuala Lumpur.

Kes membabitkan kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 22 Dis melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

“Sehingga 25 Dis, 451 individu disaring, dengan 11 kes dikesan positif dalam kluster ini,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments