Friday, November 15, 2024
HomeBREAKING NEWS4 cara atasi Insomnia

4 cara atasi Insomnia

Tidur malam yang cukup amat penting bagi memastikan tubuh berehat dan segar apabila bangun keesokan harinya. (Rawpixel)

Seharian penat bekerja, apabila balik ke rumah pastinya anda ingin berbaring sambil tidur dengan lena. Tidur malam yang cukup amat penting bagi memastikan tubuh berehat dan segar apabila bangun keesokan harinya.

Namun, ramai yang sukar tidur walaupun badan terlalu penat. Ada yang tidak dapat melelapkan mata dan gelisah apabila berbaring di tempat tidur atau mengalami insomnia.

Ada banyak sebab mengapa insomnia terjadi. Tidak mengamalkan gaya hidup sihat, sering tertekan atau stres adalah antara puncanya.

Elakkan dari mengambil ubat untuk menangani insomnia. Beberapa cara berikut mungkin boleh membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak dan lena.

1. Minyak Essential

Minyak essential memang diketahui akan kebaikannya dalam pelbagai keperluan. Minyak Essential lavender boleh membantu menenangkan fikiran dan tubuh, dan menjadikan tidur lebih lena.

Titiskan pada bantal atau sembur pada cadar. Menghidu wangiannya akan membuatkan anda tidur lebih nyenyak.

2. Tukar cadar

Ada sebab mengapa apabila tidur di hotel anda akan terasa tenang dan nyaman. Ini kerana katilnya empuk dan cadarnya juga bersih.

Jadi, sering tukar cadar dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan harum. Pastikan juga memilih bantal yang gebu dan selesa. Pastikan juga kamar sentiasa berada dalam keadaan sejuk dan bersih.

3. Makanan tinggi gula

Jangan makanan makanan tinggi gula sebelum tidur kerana ia berpotensi membuatkan anda terjaga sepanjang malam.

Sekiranya lapar, minum segelas susu hangat bersama sekeping roti. Teh herbal tertentu seperti kamomil, serai atau lavender juga dapat membuatkan tubuh dan fikiran lebih rileks, dan mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik.

4. Dapatkan sinar matahari

Setelah bangun tidur, keluarlah sebentar ke ruangan beranda untuk mendapat sinar matahari.

Vitamin dari matahari akan memberikan kesegaran kepada anda. Pengeluaran zat kimia dari otak akan terjadi seiring dengan pancaran matahari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments