Saturday, October 19, 2024
HomeBREAKING NEWS235 ditahan ingkar SOP PKP, gagal sedia alat rekod butiran pelanggan tertinggi

235 ditahan ingkar SOP PKP, gagal sedia alat rekod butiran pelanggan tertinggi

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA:Seramai 235 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, kesalahan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan tertinggi dengan 82 kes.

“Daripada jumlah itu, seramai 233 individu dikompaun manakala 2 individu pula direman. Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (82), tidak memakai pelitup muka (81), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (57) dan lain-lain (15),” katanya dalam kenyataan.

Ismail turut memaklumkan pihak berkuasa menerusi Operasi Benteng berjaya memberkas 40 lagi PATI, lima penyeludup, serta merampas tujuh kenderaan darat dan empat bot semalam.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments