Friday, October 18, 2024
HomeBREAKING NEWS1,340 kes baru Covid-19 dicatat hari ini

1,340 kes baru Covid-19 dicatat hari ini

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,340 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Menerusi kenyataan KKM memaklumkan, daripada jumlah kes baru itu, 1,337 adalah penularan tempatan, manakala baki 3 kes adalah jangkitan dari luar negara.

Jumlah jangkitan COVID-19 di negara kini adalah sebanyak 93,309 kes.

Terdapat 15,563 kes aktif dengan 116 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu 1,067 kes sembuh direkodkan dalam tempoh sama..

Empat kes kematian yang baru dicatatkan menjadikan jumlah korban 437 orang.

Menurut KKM, empat kes kematian melibatkan pesakit lelaki berusia 63 hingga 78 tahun, dengan tiga daripadanya adalah warga tempatan dan seorang warga asing.

Dua daripadanya meninggal dunia di Sabah, sementara masing-masing satu kematian di Selangor dan Pulau Pinang.

Tiga warga tempatan yang meninggal dunia mempunyai sejarah penyakit kronik, manakala warga asing terbabit tidak dinyatakan rekod perubatan.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi, iaitu sebanyak 441 kes (32.9 %).

Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 284 kes (21.2%) dan Sabah yang melaporkan 196 kes (14.6%).

Sebanyak 134 kes (10.0 %) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen membabitkan kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes), kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Tembok (10 kes), kluster Penjara Seberang Perai (8 kes) dan kluster Penjara Kepayan (2 kes)

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments