Monday, September 23, 2024
HomeBREAKING NEWS1,229 kes baru, 4 kematian

1,229 kes baru, 4 kematian

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 1,309 kes sembuh mengatasi 1,229 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,227 kes adalah penularan tempatan manakala bakinya kes import.

“Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 kes yang mana 344 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 333 kes dan Kuala Lumpur (131 kes) sementara Sarawak, Kelantan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kes positif hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, terdapat 115 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 415 kes.

“Kes kematian dilaporkan di Selangor (2 kes), Kelantan dan Negeri Sembilan (1 kes).

“Kes kematian paling muda adalah 28 tahun manakala kes paling berusia adalah 83 tahun dengan tiga kes mempunyai sejarah penyakit kronik,” katanya.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 83,475 kes, sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 13,667.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments