PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 11 kluster baharu COVID-19 di satu Wilayah Persekutuan dan lima negeri dalam tempoh 24 jam lepas.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu di kesan di Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Pahang.
Beliau berkata, 11 kluster baharu yang dikesan itu adalah kluster Tapak Bina Jalan Seng di Kuala Lumpur; kluster Pagar Siput dan kluster Sungai Redan di Johor; kluster Plastik Subang dan kluster Jalan Asam di Selangor; kluster Halban dan kluster Seragam Chepa di Kelantan; kluster Lis Putih dan kluster Sentosa Residensi di Pulau Pinang dan kluster Pagar Bentong dan kluster Semambu di Pahang.
Kluster Tapak Bina Jalan Seng
Kluster Tapak Bina Jalan Seng melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 25 Dis melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
Sehingga 26 Dis, 407 individu disaring, dengan 232 kes positif COVID-19.
Kluster Pagar Siput
Kluster Pagar Siput melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.
Kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 24 Dis melalui saringan individu bergejala.
Sehingga 26 Dis, 200 individu disaring dengan 129 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster Plastik Subang
Dalam pada itu, kluster Plastik Subang melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Dis melalui saringan bersasar di sebuah kilang.
Sehingga 26 Dis, 354 individu disaring dan 111 kes dikesan positif COVID-19.
Kluster Halban
Kluster Halban melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan.
Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Dis melalui saringan kontak rapat.
Sehingga 26 Dis, 99 individu disaring dan 29 kes dikesan positif COVID-19.
Kluster Lis Putih
Kluster Lis Putih melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang.
Kluster ini merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Dis.
Sehingga 26 Dis, 128 individu disaring dan 24 kes dikesan positif COVID-19.
Kluster Sentosa Residensi
Kluster Sentosa Residensi melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.
Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Dis melalui saringan individu bergejala.
Sehingga 26 Dis, 81 individu disaring dan 18 kes dikesan positif COVID-19.
Kluster Seragam Chepa
Kluster Seragam Chepa melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat di negeri Kelantan.
Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Dis melalui saringan individu bergejala.
Sehingga 26 Dis, 430 individu disaring dan 13 kes dikesan positif COVID-19.
Kluster Pagar Bentong
Kluster Pagar Bentong melibatkan daerah Bentong di Pahang.
Kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Dis melalui saringan tahanan.
Sehingga 26 Dis, 79 individu disaring, dengan 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster Jalan Asam
Kluster Jalan Asam melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Dis melalui saringan bersasar di sebuah kilang.
Sehingga 26 Dis, 713 individu disaring dan 13 kes dikesan positif COVID-19.
Kluster Sungai Redan
Kluster Sungai Redan melibatkan daerah Kluang dan Kota Tinggi di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Dis lalu.
Sehingga 26 Dis, 93 individu disaring dan 11 kes dikesan positif COVID-19.
Kluster Semambu
Kluster Semambu melibatkan daerah Kuantan di Pahang.
Kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Dis melalui saringan individu bergejala.
Sehingga 26 Dis, 47 individu disaring dan 11 kes dikesan positif COVID-19.