Monday, September 16, 2024
HomeBREAKING NEWS1 muka baru antara 5 EXCO Perak angkat sumpah

1 muka baru antara 5 EXCO Perak angkat sumpah

(Gambar Bernama)

KUALA KANGSAR: Setiausaha PPBM Perak yang juga ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin antara lima EXCO mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah sebentar tadi.

Zainol, yang dilantik sebagai EXCO kanan, ialah bekas penasihat bertaraf EXCO kepada bekas menteri besar, Ahmad Faizal Azumu.

Turut mengangkat sumpah hari ini ialah empat EXCO di bawah pentadbiran terdahulu, iaitu Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

BERITA LANJUT MENYUSUL

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments