[VIDEO] Lelaki Ini Tunjuk Cara Mudah Kopek Durian Hanya Guna Chopstick Buat Ramai Terkejut

0
282

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Musim durian adalah musim yang paling ditunggu ramai, tambahan lagi buat ‘hantu durian’

Memang mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis durian kegemaran mereka.

Seperti yang semua tahu, kebiasaannya durian akan dibuka dengan parang atau pisau bagi memudahkan untuk membelahnya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang lelaki menunjukkan dia membuka durian menggunakan chopstick telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

open a durian with a CHOPSTICK?? tips to open your durian from durian Craig pic.twitter.com/btoiFsw4oU

— miao (@ashleymiaoo) July 12, 2021

Tunjuk cara buka durian guna chopstick

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunjukkan cara-cara untuk membuka durian sambil memegang sebilah parang.

Namun, dia tiba-tiba menyimpan parang tersebut dan memberitahu bahawa sebenarnya durian ini boleh dibuka hanya menggunakan chopstick saja.

Dia kemudian menunjukkan cara membuka durian menggunakan chopstick dengan cucuk durian di bahagian bawah durian dulu dan akhirnya buah berkenaan terbelah kepada dua.

Image via @ashleymiaoo (Twitter)

Image via @ashleymiaoo (Twitter)

“Cucuk jer pakai apa pun boleh janji keras” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai hal tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 31.7K views, 650 retweets dan 1,044 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Musang king mmg la boleh bukak cmtu.. agak gelojoh.. beli ko tekan ngan kunci kereta pon terbukak.. sbb musang king.. cuba cucuk durian kampung jenis kulit tebal.. chopstick tue tembus tp ke tgn la tembusnya..

— DISEBTO (@disebto) July 12, 2021

Kena pulak bentuk dia tu tak lurus kan. Pangsa dia tu senget senget bentuk C haha.

— Abu Abdurrahman (@bakatzen) July 13, 2021

aku ingat mat saleh makan durian tiba2 dia cakap “sedap sangat”

— musth (@mus_anonymous) July 12, 2021

MK boleh pakai chopstick, pakai screwdriver. Cuba try pakai chopstick untuk D24 pulak

— Syahir Md Azam (@syahirmdazam) July 12, 2021

Hebat!

— Ra’s Al Bok (@SemperBok) July 12, 2021

Lol baru tau ke? cucuk jer pakai ape pn blh janji keras..

— Sir Lee (@seliskylit) July 12, 2021

Org dh lama tahu pakai kunci pun boleh. Lol

— คทค zєทєςค (@Ji_Eunishappy) July 12, 2021

Open with chopstick – wow.Eat with chopstick – wachaaa.

— Keroll (@kamalyob) July 12, 2021

Brilliant..!!

— Angry Cat Sudah Vaksin 1st Dose (@are_rane) July 12, 2021

Baru tahu rupanya ada cara mudah nak buka durian!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: