Kesemua Slot Untuk Vaksin Covid-19 AstraZeneca Kini Telah Ditempah & Selamat Didaftarkan!

0
255

Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela yang dibuka secara rasmi kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mulai pukul 12 tengah hari tadi mendapat sambutan hangat

Dalam perkembangan terkini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kesemua slot vaksin AstraZeneca itu kita telah penuh tetapi rakyat Malaysia masih boleh klik di tarikh tersebut untuk dimasukkan dalam senarai menunggu.

Image via Malaysia Gazette

All AZ slots are fully booked. My apologies for the initial glitch and multiple refreshes . You can still click on the grey boxes to put yourself on a wait list for next couple of hours. We will start pushing appts to your MySj or sms soon. pic.twitter.com/aBKwCsIRUu

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 2, 2021

Orang ramai dibenarkan memilih satu satu tarikh dan satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sahaja

PPV disediakan di World Trade Centre Kuala Lumpur, Ideal Convention Centre Shah Alam, Dewan 1, Bangunan Peperiksaan Universiti Malaysia dan Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagi memudahkan orang ramai memilih lokasi, jika tarikh yang dipilih sudah tiada, ia akan bertukar kelabu.

Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh memilih tarikh yang dimahukan untuk dimasukkan dalam senarai menunggu.

Pendaftaran bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca ini berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Untuk maklumat lanjut, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 www.vaksincovid.gov!

Kesemua slot untuk vaksin AstraZeneca telah ditempah. Terima kasih dan tahniah bagi yang telah memohon. Keputusan anda adalah satu langkah ke arah imuniti kelompok. Anda masih boleh klik tarikh pilihan anda untuk masuk ke senarai menunggu. pic.twitter.com/YWdfC6FMWv

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) May 2, 2021

Tahniah bagi yang telah berjaya mendaftarkan diri secara sukarela untuk vaksin AstraZeneca ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik mengenai vaksin Covid-19 hanya di SAYS Seismik: