Monday, November 25, 2024
HomeBREAKING NEWSIndeks pengeluaran industri negara susut 0.5% pada Okt, menurut Jabatan Perangkaan

Indeks pengeluaran industri negara susut 0.5% pada Okt, menurut Jabatan Perangkaan

Jabatan Perangkaan berkata, output sektor pembuatan meningkat 2.4% pada Okt 2020 selepas mencatatkan pertumbuhan 4.3% pada Sept. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) susut 0.5%pada Okt 2020 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata, kemerosotan itu adalah disebabkan penurunan signifikan 10.6% dalam indeks perlombongan.

“Kemerosotan dalam sektor perlombongan disumbangkan oleh penurunan dalam indeks minyak mentah dan kondensat (-12.6%) serta indeks gas asli (-9.0%).

“Sementara itu, indeks pembuatan dan indeks elektrik masing-masing mencatatkan perkembangan 2.4% dan 1.0%,” katanya.

Output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 2.4% pada Okt 2020 selepas mencatatkan pertumbuhan 4.3% pada Sept.

Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada Okt 2020 adalah produk peralatan elektrik dan elektronik (8.1%), kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (3.5%) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (1.7%).

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments