Saturday, November 23, 2024
HomeBREAKING NEWSKhasiat semulajadi bunga lawang

Khasiat semulajadi bunga lawang

Bunga lawang sering dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan. (Gambar Rawpixel)

Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Bunga lawang berbentuk kelopak bunga dan mempunyai bau yang wangi dan kuat.

Bunga lawang sering dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan. Malah, minyak dari proses ekstrak wap bunga lawang turut dijadikan bahan perasa dalam minuman. Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.

Untuk kegunaan perubatan pula, di Asia ia digunakan untuk mengubati “colic” (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk.

Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

Bunga lawang turut dijadikan bahan untuk mengurangkan sakit gigi berlubang.

Caranya: Tumbuk halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Kemudian, sumbatkan campuran tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Sakit gigi akan reda dan beransur pulih.

Namun begitu, harus diingat, tubuh manusia tidak sama dan sekiranya terdapat masalah yang lebih teruk, anda dinasihatkan berjumpa doktor atau pakar terlebih dahulu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments