Sunday, September 29, 2024
HomeBREAKING NEWSAnggota PGA ditahan cuba seludup 3 PATI di Sarawak

Anggota PGA ditahan cuba seludup 3 PATI di Sarawak

Polis berkata, suspek ditahan bersama seorang wanita berusia 29 tahun, seorang remaja berusia 13 tahun dan seorang lelaki Indonesia berusia 23 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

KUCHING: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup masuk tiga pendatang asing tanpa izin melalui sempadan Kalimantan-Sarawak, di Tebakang, kira-kira 70km dari sini semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan penahanan anggota yang bertugas di pos kawalan Ops Benteng di Tebedu.

“Suspek ditahan bersama seorang wanita berusia 29 tahun, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 23 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya.

Bernama difahamkan dalam siasatan awal kes ini, suspek mengaku melakukan kerja penghantaran rakyat Indonesia dengan bayaran tertentu mengikut trip perjalanan.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments