Saturday, October 5, 2024
HomeBREAKING NEWSKetua hak asasi PBB gesa Perancis gugur usul pindaan RUU keselamatan

Ketua hak asasi PBB gesa Perancis gugur usul pindaan RUU keselamatan

Michelle Bachelet mendesak pihak berkuasa Perancis menghindari tindakan yang mengakibatkan stigma kumpulan dan mengambil langkah aktif agar hak asasi tidak dilanggar kerana individu tertentu.

GENEVA: Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menyertai pihak yang mendesak Perancis menarik balik usul untuk meminda Rang Undang-Undang (RUU) keselamatan global kontroversi, bertujuan melarang penyebaran video dan gambar pegawai penguatkuasa undang-undang, lapor Agensi Anadolu.

“Undang-undang itu harus dibahas oleh orang Perancis. Tetapi kita berasa bimbang kerana ia adalah Perkara 24, kerana itu ia harus dikaji, atau ditarik balik,” kata Michelle Bachelet dalam sidang media di Geneva.

Berucap dalam mesyuarat hibrid PBB di Geneva pada Hari Hak Asasi Manusia, beliau mendesak Perancis dan banyak negara lain “untuk mengkaji secara serius amalan penguatkuasaan undang-undang, serta amalan diskriminasi terancang dan berat sebelah terhadap kumpulan ras tertentu.

“Kami mendesak pihak berkuasa Perancis menghindari tindakan yang mengakibatkan stigma kumpulan dan mengambil langkah aktif agar hak asasi mereka tidak dilanggar kerana individu tertentu”.

Perkara 24 RUU yang diusul itu dipinda berikutan desakan kesatuan polis.

Ia bertujuan “melindungi mereka yang melindungi kita” dan melarang penerbitan gambar polis atau pasukan penguatkuasa lain yang bertugas. Ini menghalang mereka daripada dikenali secara jelas untuk apa yang disebut sebagai “bertujuan jahat”.

RUU tersebut memperuntukkan hukuman penjara setahun dan denda 45,000 Euro (USD54,000) untuk kesalahan menyebarkan gambar dan gender pegawai polis yang boleh merisikokan keselamatan mereka daripada segi fizikal dan psikologi.

Pembentangan RUU itu menimbulkan bantahan di seluruh Perancis.

Penunjuk perasaan juga berang dengan video rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan keganasan polis memecah masuk kem pendatang di Paris dan memukul penerbit muzik berkulit hitam.

Empat pegawai polis sudah didakwa berkaitan kejadian itu, kata pakar PBB.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments