Saturday, October 5, 2024
HomeBREAKING NEWSPeruntukan bagi Kementerian Belia dan Sukan lulus mudah

Peruntukan bagi Kementerian Belia dan Sukan lulus mudah

Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya yang diluluskan dengan undi suara majoriti hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said berkata, RUU itu dipersetui dengan undi suara majoriti bersetuju ia diluluskan tanpa sebarang bantahan.

“Lebih suara bersetuju,” katanya.

RUU itu juga diluluskan tanpa melalui undi belah bahagi.

Sesi penggulungan RUU berkenaan dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican. Ia merupakan peruntukan kementerian ke-20 yang diluluskan di Dewan Rakyat.

Terdahulu dalam ucapannya Syed Saddiq Abdul Rahman (Bebas-Muar) memuji keterbukaan Kementerian Belia dan Sukan, khususnya Reezal dalam mendengar pandangan pelbagai pihak dan mudah dibawa berbincang.

“Terima kasih kepada menteri. Senang nak jumpa, senang nak bincang, saya harap menteri-menteri lain pun begitu. Saya harap pembangkang tiada undi belah bagi (untuk kementerian ini),” katanya, yang merupakan bekas menteri belia dan sukan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Kementerian Belia dan Sukan diperuntukkan sebanyak RM940 juta dalam Belanjawan 2021, iaitu RM624 sebagai perbelanjaan mengurus dan RM326 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments