Sunday, October 6, 2024
HomeBREAKING NEWSAhli Parlimen dengan sokongan majoriti boleh kemuka SD kepada Agong, kata Takiyuddin

Ahli Parlimen dengan sokongan majoriti boleh kemuka SD kepada Agong, kata Takiyuddin

Menteri di-Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti berdasarkan kelulusan Belanjawan 2021 di peringkat dasar bulan lepas.

KUALA LUMPUR: Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata, tiada halangan terhadap ahli politik yang mahu menyokong mana-mana Ahli Parlimen yang memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.

Beliau berkata, mana-mana Ahli Parlimen boleh mengemukakan akuan berkanun (SD) bagi membuktikan sokongan lebih 112 orang kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kita akui ia sebahagian daripada demokrasi,” kata Takiyuddin pada sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti berdasarkan kelulusan Belanjawan 2021 di peringkat dasar bulan lepas.

BERITA LANJUT MENYUSUL

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments