Sunday, October 6, 2024
HomeNews“Dalam Hati Ada Taman” - Tak Sangka Aktor Samseng Squid Game Ini...

“Dalam Hati Ada Taman” – Tak Sangka Aktor Samseng Squid Game Ini Suka Post Gambar Kucing

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Fenomena drama popular Korea iaitu Squid Game nampaknya masih hangat dan menjadi tontonan nombor satu di Netflix

Seperti mana yang kita tahu, terdapat enam watak utama di dalam cerita itu dan antara watak yang paling dibenci oleh penonton adalah Jang Deok-su iaitu pemain bernombor 101.

Selain karakternya yang jahat dan merupakan bekas samseng terlibat dengan penipuan wang, dia juga seorang yang mementingkan diri dan sanggup mengkhianati geng sendiri demi memenangi permainan gila tersebut.

Tak sangka rupa-rupanya aktor sebenar pencinta kucing

Tidak dinafikan, watak antagonisnya menjadi dan penyertaan di dalam Squid Game berjaya melonjakkan lagi namanya di dalam industri. 

Siapa sangka, lelaki muka garang itu sebenarnya mempunyai watak yang sangat kontra di luar set. Senang cerita, watak aktor sebenar bukanlah seorang yang jahat, sebaliknya dia merupakan pencinta kucing.

Menjengah ke laman Instagram peribadinya, aktor Heo Sung Tae dilihat banyak memuat naik gambar kucing peliharaannya yang sangat comel.

Di sebalik imej lakonannya yang sering memegang watak jahat, terselit juga hakikat bahawa dirinya adalah pencinta si bulus.

Para peminat juga tidak sangka watak sebenar berbeza dengan lakonan

Hasil tinjauan di ruangan komen gambarnya bersama si bulus, rata-rata netizen turut memuji kecomelan aktor itu.

Malah, ramai yang bertanya mengapa dia perlu membawa watak antagonis sedangkan sifat sebenarnya adalah sangat baik dan penyayang.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Image via @heosungtae (Instagram)

Image via @heosungtae (Instagram)

Image via @heosungtae (Instagram)

Image via @heosungtae (Instagram)

Image via @heosungtae (Instagram)

Image via @heosungtae (Instagram)

Comel je gambar dia dengan kucing tu, terus hilang muka samseng! 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments