Setiap pasangan yang mahu berkahwin pasti inginkan sebuah majlis pernikahan yang sempurna
Cuaca yang baik juga adalah salah satu aspek yang penting dalam majlis perkahwinan. Namun, semua itu telah ditetapkan oleh Allah SWT kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.
Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini cuaca tidak begitu baik dan banjir kerap berlaku di sesetengah tempat akibat hujan lebat.
Begitulah nasib yang dialami oleh sepasang pengantin baru ini apabila mereka terpaksa membersihkan rumah yang banjir sebaik saja selesai majlis pernikahan.
Di bawah adalah video yang dimuat naik oleh pengantin perempuan tersebut:
@nad114 tak tahu lah nk nangis ke nk gelak time nikah aku lah nak banjir pun time ni ujan lebay gila
Tak tahu nak nangis ke gelak bila terpaksa membersihkan banjir dalam rumah
Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tersebut sedang gigih menolak dan mencedok air banjir di dalam rumah mereka.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh pengantin perempuan bernama Cik Nad itu, dia berkata “tak tahu lah nak nangis ke nak gelak, time nikah aku lah nak banjir pun. Time ni hujan lebat gila”.
Dia dan suaminya yang baru saja diijabkabulkan kelihatan tersengih semasa membersihkan rumah mereka itu. Mungkin mereka pun tidak sangka itulah kenangan pertama mereka sebagai suami isteri.
“Ok la tu, orang lain basuh periuk kuali besar, awak berdua bersihkan rumah. Memori yang jarang nak dapat” – Netizen
Selepas video mereka viral, pasangan pengantin sweet itu menerima pelbagai reaksi positif dan ucapan ‘selamat pengantin baru’ daripada netizen.
Rata-rata netizen berkata itu mungkin dugaan bagi mereka, tetapi secara tidak langsung ia juga merupakan kenangan terindah yang akan diingati sampai bila-bila bukan semua orang dapat merasai pengalaman seperti itu.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Apa-apa pun, selamat pengantin baru buat Cik Nad dan suami. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!