Viral Video Dua Beradik Kena Marah, Selamba Potong Gelang Pink Untuk Pergi Jumpa Kawan

0
238

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Kes positif di negara kini semakin membimbangkan, oleh sebab itu kerajaan menyarankan agar kita semua kekal berada di rumah

Malah, sebelum ini tular mengenai hospital yang telah penuh dengan pesakit Covid-19. Ini menyebabkan ada sesetengahnya perlu dikuarantinkan di dalam rumah saja.

Namun, ada juga yang masih berdegil dan tidak mengikut arahan kerana mementingkan diri sendiri. Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila dua orang adik-beradik dimarahi kerana memotong gelang pink mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Padang BesaqDepa habaq Tok Penghulu Kampung naik Hangin, Keluarga nie pakai Gelang Pink x reti dok Rumah. Suka merayau² ke Pekan. Mana tak hangin Tok Penghulu. Orang nak putus rangkaian, dia p sambung connection ‍ pic.twitter.com/lyDchhhXlq

— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) September 1, 2021

Kena marah dengan tok penghulu sebab tak ikut arahan, siap potong gelang pink sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di depan rumah pesakit Covid-19. Beliau merupakan Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi Beseri, Mata Ayer dan Chuping iaitu Reswan Ramli.

Difahamkan dia mendapat tahu dua beradik yang masih berada dalam tempoh kuarantin didapati keluar dari rumah mereka untuk berjumpa rakan di Kampung Melayu Padang Besar.

Apa yang lebih mengejutkan adalah mereka sanggup memotong gelang kuarantin KKM sehingga menyebabkan ada individu yang mempunyai kontak dengan mereka turut positif virus itu.

Berikutan itu, masing-masing dikompaun RM6,500 dan RM1,500 selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Image via @jnmalaysia (Twitter)

“Puas hati betul aku dengar dia marah macam ni” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka mengenai kejadian tersebut. Malah, ramai yang berpuas hati melihat cara Tok Penghulu itu memarahi mereka.



Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 419.3K views, 7,278 retweets dan 10.1K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

dan jadi cluster dulu baru duduk rumah

— Fauzan Othman (@FauzanOthman4) September 2, 2021

Hahahaha padan! Tengok cara pun boleh tahu jenis org mcm mana, ada ke dpn org tua dok berdiri terkangkang centu, haaa mmg sejenis nak kene pi balun dulu baru ada akai!

— Nanad (@nanadssssss) September 2, 2021

Haha patutnya penghulu tu bagi pelangkung kat tengah belakang. Dah kena kuarantin tu duduk la elok2 rumah,ni siap pi potong saja2 la cari pasai

— (@EncikYone) September 2, 2021

puas betul hati aku dengar dia marah macamni, dah 2 tahun dah covid ni masih ada yang bebal tak reti quarantine even pakai gelang pink. good job tok penghulu!

— R (@rinnsyazana) September 2, 2021

Mesti dia geram nak lempang tapi takut berjangkit

— (@sjnrdn) September 2, 2021

mesti dh ckp elok2 tak jalan, last2 nak kena tengking jugak. budak lg senang dengaq cakap drpd hampa ‍

— mochaa (@syhndah_) September 2, 2021

Ayam pun serba salah, nak lari terkejut kena sergah takut tok penghulu hilang tempo pulak

— F (@firdaus) September 2, 2021

orang macamni patut kena tengking and maki! punca macamni lah sampai bila tak putus rantaian covid kalau macamni!

— Zulaikha isehak (@EykaIsehak_) September 2, 2021

Puasnya hati tgk dia tengking org tuu!!

— ʷ⍤ (@wheedaiman) September 2, 2021

oqg laguni memang kena jerekah baqu ada akai

— aisyah (@esahrubyjane) September 2, 2021

Memang puas hati dengar dia kena marah! Ada ke patut pergi potong gelang KKM tu :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: