Wednesday, December 18, 2024
HomeNewsIni Cara Hasilkan 'Shell Out' Yang Simple & Sedap Di Rumah. Sama...

Ini Cara Hasilkan ‘Shell Out’ Yang Simple & Sedap Di Rumah. Sama Macam Restoran Di Luar!

Teringin nak makan ‘Shell Out’? Nampak macam banyak bahan dan susah nak buat kan? Rupanya tidak, senang sahaja!

Image via Resepi Pilihan Bonda

Cuma perlu sediakan bahan seafood dan sosnya sahaja. Senang kan? Dah tak sabar ni, jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Sharla Rose

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan
  • 5 tangkai cili kering
  • Udang kering

Bahan tumis:

  • 1/2 biji bawang holland

  • 6 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia  

Bahan perap:

  • 30 ekor udang besar
  • 5 ekor ketam
  • 1kg lala
  • 12 ekor sotong
  • Black pepper
  • Kunyit

Bahan lain:

  • Kiub pati ayam
  • Lemon
  • Planta
  • Daun kari
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Rempah kari
  • Sayur-sayuran (Brokoli, kentang, jagung)

Image via Sharla Rose (Facebook)

Cara penyediaan:

1. Basuh dan perapkan seafood dengan lada hitam dan kunyit seketika. 

Image via Sharla Rose (Facebook)

Image via Sharla Rose (Facebook)

2. Rebuskan cili kering, kemudian kisarkan cili kering, bawang putih, belacan dan udang kering sehingga lumut.

3. Seterusnya, rebuskan seafood yang telah diperap. Biarkan air menggelegak, masukkan ketam dan tutup pan selama 5 minit. Setelah itu, masukkan lala selama 5 minit dan tutup api. Celurkan udang dan sotong.

Image via Sharla Rose (Facebook)

4. Dalam kuali asing, masukkan Planta dan sedikit minyak. Tumiskan bahan tumis dan daun kari sehingga naik bau.

Image via Sharla Rose (Facebook)

5. Masukkan bahan kisar, serbuk kari dan sedikit air. Kacau sehingga rata.

Image via Sharla Rose (Facebook)

6. Apabila pecah minyak, masukkan kiub pati ayam, sos tiram, dan sos ikan.

7. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan seafood. 

Image via Sharla Rose (Facebook)

Settle dah Shell Out, sedia untuk dihidang… Confirm licin pinggan!

Image via Shala Rose (Facebook)

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via imgur.com

Check out gajet dapur yang senangkan kerja di dapur:

Inginkan resepi yang sedap dan mantap?

Jom amalkan tips-tips di dapur ini:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments