Tuesday, January 21, 2025
HomeNews Terima Komen Jual Beg Harga 'Yahudi', Pemuda Ini Tunjukkan Hasil Disebalik...

[VIDEO] Terima Komen Jual Beg Harga ‘Yahudi’, Pemuda Ini Tunjukkan Hasil Disebalik Lukisan

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua orang mempunyai hobi masing-masing dalam melakukan perkara yang mereka minat

Tidak kiralah dalam apa bidang sekali pun. Kadang kala ada sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi melakukan perkara yang mereka minat.

Sama seperti video di Twitter ini apabila seorang pemuda yang menjual beg hasil dari lukisannya sehingga mendapat kecaman daripada netizen telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

HARGA YAHUDI DIA CAKAPPP???.Haihh kang ada aku bagi kari nunchaku kang. pic.twitter.com/oazasysk81

— amamijan (@amamijan) August 20, 2021

Tunjuk disebalik penghasilan lukisannya, jelaskan mengapa ia mahal

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda yang dikenali sebagai Amamijan telah menerima satu komen daripada netizen yang memberitahunya harga beg yang dijual sangat mahal dan melabelkannya seperti ‘harga yahudi’.

Difahamkan pemuda itu sangat minat dalam menghasilkan pelbagai jenis lukisan sehinggakan dia menerima banyak tempahan untuk membuat custom made.

Baru-baru ini dia telah membuat satu live di TikTok dan mendapat komen mengapa dia menjual beg yang dilukisnya begitu mahal sekali. Dia kemudian menjelaskan berapa lama masa yang perlu diambil untuk menghasilkannya dan perlu mempunyai kreativiti dalam melakukannya.

Dia menunjukkan antara peralatan seperti berus dan cat berkualiti yang perlu ada untuk melukisnya. Malah, dia juga menggunakan kuantiti cat yang banyak untuk melukis pada beg itu.

Lihat postingnya itu di bawah:

Ni haaa yg dah siap heee.Saiz A3, 3 hari nak siapkan. full arcylic painting.Texture dia timbul2 and kasar ( tu yg mahal tu ) Kalau gosok kat pipi bukan jerawat kome je hilang, sekali kulit kome pun boleh hilang. pic.twitter.com/NVJnAwSGz3

— amamijan (@amamijan) August 20, 2021

“Benci doh jenis manusia yang pandang art/creative ni benda murah” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang menyokong pemuda itu dan turut menjelaskan bahan-bahan yang digunakan untuk melukisnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 194.4K views, 3,342 retweets dan 5,944 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Harga acrylic pun bukn murah ye. Satu tu boleh jatuh lebih dri rm10..klau dah beli lebih dri 10 wrna.. Tak ke Appreciate art

— laika (@nzulxikx) August 20, 2021

Benci do jenis manusia yg pandang art/creative ni benda murah. Pastu ada mindset yg anggap asal masuk kelas seni je masa sekolah dulu bodo. Yg science stream je pandai. Pastu ada lagi nak mintak design kan logo upah rm10-50. Pape pun, hujung vid baru aku tahu tu beard tu fake.

— seketul aziq (@Norxziq) August 20, 2021

Worth every penny

— EmesZack (@emes_zack) August 20, 2021

Mantap ama. Memang barang macamni bukan keperluan, kehendak kena la bayar up sikit

— Iman Azlan (@ImanAzlan11) August 20, 2021

Cat, brush and most importantly skills and experience! Aku sampai skrng tak paham kenapa ada org yang cakap mahal

— Shafiq Sunarwan (@Bro_Shef) August 20, 2021

Nak murah beli yang printed bukan painting haduii

— Mail (@MailG_97) August 20, 2021

Material dengan masa satu hal. Diorang tk tau berapa ratus jam training utk dapatkan skill dengan pengalaman.

— faris Acoustic (@farishabbo5) August 20, 2021

Orang kita memang undervalue art and creativity. Sedih tengok negara lain appreciate gila gila art. While di negara kita sendiri, kelas pendidikan seni time sekolah dulu pun dipandang remeh temeh je.

— THIRD CHANCE | TUDUNG BAWAL & SHAWL (@thirdchanceshop) August 21, 2021

Brush makeup yang high quality pun paling2 RM20+ sebatang.

— Atirah (@tr_tii) August 20, 2021

Seni tu memang mahal guys kalau tak nak tempah cubalah korang lukis and buat sendiri okay? 😉

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments