Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, kita hanya akan melihat pelbagai jenis tabiat pasangan kita yang sebenar selepas berkahwin
Walaupun bercinta berbelas tahun sekali pun, sudah pasti ada perangai mereka yang kita akan perasan selepas mendirikan rumah tangga.
Antaranya adalah perangai suka kentut, sendawa dengan kuat, suka tidur dan sebagainya. Tetapi, itu semua lumrah dalam kehidupan sebagai suami dan isteri untuk menerima kekurangan masing-masing.
Sama juga seperti wanita ini apabila videonya tular gara-gara dia menunjukkan berus gigi suaminya yang habis lunyai membuatkan ramai dapat relate.
Lihat video penuh itu di bawah:
Aku pikiaq jawapan lama sgt tk tk dapat2 . Bila tnya dia gelak jaJom la kita pikiaq sama-sama sat ##fypage ##berus gigi ka berus tandas?
Pelik macam mana suami gosok gigi, habis semua berus lunyai dan kembang
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kiedaamy97_, kelihatan dia menunjukkan beberapa batang berus gigi suaminya yang baru diambil di dalam bilik air.
Apa yang menghiburkan adalah apabila kesemua berus gigi suaminya itu dilihat sudah kembang dan lunyai dan membuatkan wanita tersebut naik hairan tentang cara si suami menggosok gigi.
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
“Aku sungguh-sungguh tak faham berus gigi jantan ni depa tonyoh gigi lagu mana. Hampa tengok tu berus gigi dia jadi lagu mana. Tak larat setiap hari kena bawa keluaq berus gigi baru, mampuih la lagu tu”
“Setiap kali aku nak buang kan mesti aku terpikiaq lagu mana depa berus gigi eh? Kita hat perempuan berus pun tak jadi lagu ni,” bebelnya.
Dia juga sempat membuat demonstrasi perbezaan cara orang perempuan dan lelaki menggosok gigi.
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
“Hahahaha kunyah ke berus gigi tu?” – Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 375.5K views, 27.7K likes dan 1.6K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan dapat relate dengan perangai suami wanita itu.
Malah, ada yang bergurau mengatakan orang lelaki akan menggunakan berus gigi mereka untuk mencuci lantai dan mangkuk jamban.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Image via @kiedaamy97_ (TikTok)
Aduhai, kenapa sampai macam tu sekali berus giginya? Terhibur baca komen masing-masing 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik