Friday, September 20, 2024
HomeNews Viral Pemandu Mengelak Dari Ditahan, Tapi Cara Akak Ini Mencarut Pula...

[VIDEO] Viral Pemandu Mengelak Dari Ditahan, Tapi Cara Akak Ini Mencarut Pula Curi Tumpuan

Melihat jenayah berlaku di depan mata adalah satu pengalaman yang mencemaskan dan membuat sesiapa saja merasa gelabah melihatnya

Ia sememangnya detik yang tidak dapat dilupakan lebih-lebih lagi jika kita sendiri terlibat dalam kejadian tersebut.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah rakaman video di mana seorang pemandu cuba untuk mengelak dari ditahan polis.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Perak Today

Pemandu berkenaan cuba melarikan diri daripada ditahan polis

Kejadian yang berlaku itu disaksikan oleh orang ramai dan turut mendapat pelbagai komen.

Malah, video berkenaan menunjukkan pemandu terbabit cuba untuk melarikan diri dengan membahayakan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Polis kemudiannya menjerit dengan menyuruh pemandu itu keluar daripada kenderaan setelah berjaya memecahkan cermin tingkap pemandu itu.

Adegan undang rasa cemas namun cara akak ini mencarut dapat perhatian

Namun, keadaan bertambah cemas apabila pemandu berkenaan tiba-tiba memecut dan merempuh pagar untuk melarikan diri daripada dikejar oleh kenderaan polis selepas itu.

Rasa cemas itu turut mendapat perhatian orang ramai yang menonton, tetapi apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah gelagat perakam video yang mencarut apabila melihat kejadian tersebut.

Perakam video yang dikenal pasti sebagai wanita itu memberikan kata-kata carutan dalam bahasa Inggeris dan membuatkan ramai geli hati kerana ia dikatakan tidak sesuai dengan situasi yang berlaku.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka apabila mendengar dan melihat video berkenaan

Memang takut kan tengok jenayah depan mata. Sebab tu macam-macam perkataan boleh keluar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments