Perempuan mana je yang tak excited setiap kali nak dating jumpa kekasih bukan?
Lebih-lebih lagi kalau sudah beberapa bulan tidak jumpa, pasti rasa teruja untuk jumpa itu membuak-buak.
Rata-rata perempuan akan mengambil masa yang agak lama untuk bersiap supaya nampak penampilan yang cantik dan perfect bila keluar dating.
Tidak terkecuali dengan seorang gadis ini yang tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila dia memuat naik videonya ketika bersiap untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.
Namun, lain pula yang jadi apabila dia ingin masuk ke dalam kereta boyfriendnya. Sara memuat naik video itu dengan kapsyen ‘not his baby anymore :(‘.
Lihat video penuh di bawah:
not his baby anymore:( pic.twitter.com/l2tCIbcLqy
— sam (@saramuzam) December 1, 2020
Gadis bernama Sara itu sedih sebaik saja nak masuk kereta, boyfriend pula suruh duduk belakang
Rupa-rupanya, boyfriend Sara telah membeli PlayStation keluaran terbaru iaitu PS5 yang kini digilai ramai orang terutamanya kaum lelaki. Dia disuruh duduk di belakang kereta kerana boyfriendnya sudah letak PS5 di seat bahagian penumpang.
Sara kelihatan kecewa apabila boyfriendnya lebih memilih PS5 dari dia. Dengan muka sedih dan monyok, dia pun duduk di seat belakang dan sempat meletakkan kapsyen dalam video itu ‘suruh duduk belakang bhai’.
“Siap belai PS5 dia tu hahaha” – Netizen
Video itu mencuit hati netizen apabila boyfriend Sara siap pakaikan tali pinggang keledar pada PS5 dan membelainya.
Rata-rata lelaki yang membalas ciapan Sara berkata boyfriend dia membuat keputusan yang betul iaitu memilih PS5 daripadanya. Namun, ada juga yang kesian tapi terhibur dengan lagu latar video Sara itu.
Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Lelaki dan game memang berpisah tiada. Bertabahlah ya Sara 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!