Monday, December 30, 2024
HomeNews Dua Beradik Ini Sanggup 'Tidur' Dalam Banjir, Demi Selamatkan 32 Kucing....

[VIDEO] Dua Beradik Ini Sanggup ‘Tidur’ Dalam Banjir, Demi Selamatkan 32 Kucing. Respect!

Bimbang 32 kucing peliharaan mereka lemas, dua beradik nekad menemani haiwan berkenaan walaupun terpaksa berendam dalam air selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat malam tadi

Menurut sumber, kejadian itu berlaku dikatakan di Kampung Bukit Kecil, Kuala Terengganu. Jelas Azila Omar, 45 dan adiknya, Azmi, 38, tidak sampai hati meninggalkan kucing peliharaan berkenaan.

Selain itu, mereka bimbang keselamatan haiwan tersebut selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter.

“Jika diikutkan kami boleh menumpang rumah kakak sementara menunggu air surut tetapi tidak sampai hati tinggalkan kucing di sini, walaupun saya dan adik terpaksa duduk dalam air.

“Lagipun saya bimbang haiwan ini terjatuh kerana ada di antara kucing ini buta, pekak dan tidak cukup sifat,” katanya.

Image via Harian Metro

Kampung berkenaan sudah lama tidak dilanda banjir dan kali terakhir pada tahun 2000

Sementara itu, Azmi berkata, rumah mereka dinaiki air kira-kira satu meter susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Menurutnya, sebaik pulang dari pasar raya, beliau mendapati air sudah mencurah masuk ke dalam rumah.

“Bila sampai di rumah, ada beberapa ekor kucing berada di dalam air. Mujurlah saya sempat selamatkan, bimbang juga kalau ada yang lemas.

“Bermula jam 10 malam, air mula masuk ikut depan rumah. Saya dan kakak tidak sempat selamatkan apa-apa, cuma sempat alihkan kucing,” ujarnya.

Tonton video penuh kisah dua beradik tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments