Thursday, November 28, 2024
HomeNews 9 Tahun Bercinta Tapi Kekasih Kahwin Lain, Lelaki Ini Menangis Sampai...

[VIDEO] 9 Tahun Bercinta Tapi Kekasih Kahwin Lain, Lelaki Ini Menangis Sampai Berguling

Bercakap soal jodoh, tiada siapa pun yang dapat mengetahui bila sampai waktunya

Meskipun sudah mempunyai pilihan hati, tetapi ianya belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan bersama si dia.

Pasti kesedihan akan dirasai bila kita tidak dapat bersama dengan orang yang dicintai setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta.

Sama seperti kisah lelaki ini yang tular di laman sosial TikTok apabila dia meluahkan reaksi sedihnya selepas putus cinta dengan kekasihnya.

9 tahun bercinta tapi terpaksa putus sebab girlfriend kena kahwin lain

Gambar sekadar hiasan.
Image via Dmarge

Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki itu baru saja putus cinta dengan kekasihnya setelah 9 tahun bercinta.

Difahamkan kekasihnya terpaksa berkahwin dengan lelaki lain kerana pilihan ibu bapanya sendiri dan kini telah selamat dinikahkan.

Kecewa sampai berguling di luar rumah macam orang tak tentu arah

Oleh kerana kecewa mendengar berita tersebut, lelaki berkenaan seperti mengalami orang yang tidak tentu arah sehingga berguling-guling di hadapan halaman rumahnya.

Malah, dia turut dilihat menangis teresak-esak sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain.

@cikmaolin

original sound – SRezkyLubis

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki tersebut dan memberikan kata-kata semangat buatnya

Image via @cikmaolin (TikTok)

Image via @cikmaolin (TikTok)

Image via @cikmaolin (TikTok)

Image via @cikmaolin (TikTok)

Image via @cikmaolin (TikTok)

Image via @cikmaolin (TikTok)

Image via @cikmaolin (TikTok)

Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku. Harap dia bertabah 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments