Ingat Nama Penuh Nabila, Sekali Rakan Pun Terkejut Tengok Nama Sebenar Dekat Lesen Memandu

0
427

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah tentu ibu bapa menamakan kita dengan maksud yang baik kerana sesetengahnya mempunyai maksud tertentu

Pelbagai jenis nama sekarang kita boleh lihat di dunia ini. Malah, ada juga yang kita sendiri pelik mengapa mereka menamakan anak mereka sebegitu. Ada juga nama yang sangat sedap tetapi amatlah panjang.

Sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang gadis memaparkan nama penuh rakannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Wehh korang tengok nama member aku selama ni panggil Belle ingat kan full name Nabila. Sekali engko haaa nahh gasak bakal suami ni akad nikah nanti pic.twitter.com/UAnI42PGxo

— m. (@mayom____) July 25, 2021

Rakan sendiri terkejut bila tahu nama sebenar

Menerusi posting tersebut, seorang gadis telah berkongsi nama unik rakannya. Dia memberitahu yang dia selama ini memanggil rakannya itu dengan nama Belle kerana memikirkan nama penuhnya mungkin adalah Nabila.

Malah, dia sendiri terkejut selepas mendapat tahu nama penuh rakannya itu bukanlah Nabila seperti yang disangkakan. Rupa-rupanya, nama penuh gadis itu adalah Badjie Xatieqoutieqc Binti Ibadallah.

Perkara itu membuatkan dia sendiri tidak dapat menyebutnya dengan tepat kerana nama rakannya itu sangat unik. Dia kemudian meminta rakannya itu memberitahu bagaimana cara menyebut dengan betul namanya itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Haaa nah ni sebut la korang aku suruh dia ulang 10 kali pun aku tak boleh sebut pic.twitter.com/vSjfc9WPqG

— m. (@mayom____) July 25, 2021

“Husband tak perlu risau sangat. Kena risau kat tok kadi yang nak baca nama dia tu” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ada netizen yang turut berkongsi nama-nama unik rakan mereka. Malah, ada yang berpendapat kerisauan mungkin berlaku kepada tok kadi yang akan membaca namanya itu.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 14.8K retweets, 2,007 quotes tweets dan 24.2K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Meanwhile my BFF nama, ingat kan shikin, norashikin or something padahal… sampai stress lecturer nak sebut hahahah FRRR pic.twitter.com/JlFZDxrAiG

— (@ssherarose) July 25, 2021

Aku ingat nama aku je payah nak sebut, selalu kalau kena panggil nama dia akan stop pastu baca balik nama aku pic.twitter.com/PzFkCLjzXi

— L (@yelflare) July 26, 2021

Husband tak perlu risau sangat. Kena risau kat tok kadi yang nak baca nama dia tu. Takut husband boleh ja sekali lafaz, tok kadi yang sampai 4-5 kali lafaz.

— Mi Kari Kuah Laksa (@theltboss) July 25, 2021

Teringin nak tau maksud namanya. Rare betol.

— Helloooo (@DaisyHanieJ) July 25, 2021

Berapa kali tengok tak boleh eja lagi nama ni ni kalau nak isi borang apa2 ni maunya kena letak ic kat depan as reference rare ya kawan2

— szy (@szysrnti) July 25, 2021

It’s a silent X in Xatieqoutiqcshdgbsbxhd

— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) July 25, 2021

Kalau mcm ni, mmg nganga jelah org yg panggil nama during convocation time skolah kalau dpt award apa apa mesti susah kan nak sebut hahaha

— . (@shu_naimm) July 25, 2021

Unik nama dia, no worries biasanya tok kadi akan tanya awal2 macam mana sebutan nama. Jangan bakal suami pula tak tau sebut

— mriyh (@mariyahokay) July 25, 2021

Macam mana la husband dia nak lafaz akad nanti. Kena praktis lama.

— Shafiqe Black (@AkuShafiqeBlack) July 25, 2021

Susah juga nak sebut, apa-apa pun memang unik nama dia 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: