Saturday, November 23, 2024
HomeNews “Noted Pak Utih!” - Lelaki Ini Bagi Nasihat Untuk Para Suami...

[VIDEO] “Noted Pak Utih!” – Lelaki Ini Bagi Nasihat Untuk Para Suami Kalau Isteri Tanya

Dalam kehidupan berumah tangga, setiap suami sudah pasti kenal dan lali dengan karenah isteri masing-masing bukan?

Gambar sekadar hiasan.
Image via Pa&Ma

Lebih-lebih lagi kalau rumah tangga itu sudah melebihi 10 tahun, pasti si suami sudah banyak ‘makan garam’ dengan perangai isteri yang kadang-kadang complicated

Para suami harus tahu, kaum wanita ini mempunyai cara tersendiri kalau mahu luahkan atau meminta sesuatu. Mereka tidak suka berterus terang malah lebih prefer untuk ‘berkias’ dalam kata-kata.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang digelar Pak Utih tular di laman sesawang Twitter apabila videonya memberi nasihat kepada para suami telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial itu.

Agak-agak nasihat apa yang diberikan Pak Utih itu ya? Lihat video penuhnya di bawah:

“Kadang soalan isteri tu ada makna lain tau, sebenarnya itu bukan soalan tapi kenyataan. Berhati-hati tau.” – Pak Utih

Pak Utih memberi tips dan nasihat untuk para suami di luar sana supaya faham dengan soalan-soalan daripada kaum isteri. Senang cerita, bagi kaum lelaki yang belum pandai menterjemahkan ‘hint’ daripada isteri, bolehlah rujuk video-video Pak Utih di akaun TikToknya.

Menerusi videonya yang tular di Twitter itu, dia menerangkan salah satu situasi yang boleh dikatakan sering dihadapi oleh setiap suami, iaitu apabila isteri bertanya ‘abang tak lapar ke?’.

Soalan itu mungkin nampak simple, tapi kalau salah jawab, habislah! Menurut Pak Utih, sebenarnya bila isteri tanya soalan ‘abang tak lapar ke?’ itu bermakna dia sedang lapar.

“Wahai suami, kalau dengar soalan tu, kau terus slow down, masuk parking terus makan. Maknanya dia tengah lapar. Dengar tu, faham tu,” katanya.

“Ni baru betul relationship advice” – Warganet

Susulan tularnya video Pak Utih yang sehingga kini menerima 7,200 retweets dan 14,400 likes di Twitter, rata-rata warganet terutamanya kaum lelaki berterima kasih kepadanya kerana memberikan tips yang berguna dalam rumah tangga.

Malah, mereka juga tidak dapat menafikan bahawa video-video nasihat daripada Pak Utih memang betul kerana dia sangat memahami soalan kiasan perempuan.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Image via @hanishx (Twitter)

Image via @hanishx (Twitter)

Image via @hanishx (Twitter)

Image via @hanishx (Twitter)

Image via @hanishx (Twitter)

Image via @hanishx (Twitter)

Image via @hanishx (Twitter)

Image via @hanishx (Twitter)

Image via @hanishx (Twitter)

Image via @hanishx (Twitter)

Okay guys, lepas ini kalau isteri tanya ‘abang tak lapar ke?’ jangan salah jawab tau 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments