Sunday, September 22, 2024
HomeNews "Adik Aafiyah, Anak Ibu" - Datuk Seri Siti Nurhaliza Umum Sah...

[VIDEO] “Adik Aafiyah, Anak Ibu” – Datuk Seri Siti Nurhaliza Umum Sah Hamil Anak Kedua

Akhirnya selepas sekian lama berteka-teki mengenai kehamilan kedua, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan bahawa beliau hamil empat bulan

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram milik rasminya sebentar tadi, beliau tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini.

Namun beliau dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, mereka tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali mereka.

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih,” katanya.

Terbuka untuk menerima kehadiran bayi lelaki atau perempuan

Menerusi sumber, diberi kesempatan hamil anak kedua, Siti Nurhaliza berkata, beliau terbuka untuk menerima kehadiran bayi lelaki atau perempuan.

Dalam pada itu, pada jam 9 malam ini, para peminat akan dihadiahkan dengan sebuah muzik video baru iaitu lagu Kuasa Cintamu yang sebelum ini pernah beliau katakan dicipta khas untuk Siti Aafiyah.

Lihat video penuh pengumuman rasmi oleh Siti Nurhaliza bersama suaminya mengenai kehamilan anak kedua mereka di bawah:

Tahniah buat CTDK! Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik untuk diri serta bayi dalam kandungan 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments