Kes cerai bukanlah perkara yang baru berlaku dalam kalangan pasangan di Malaysia
Namun, punca sesuatu penceraian itu berlaku adalah berbeza-beza dan meninggalkan kesan trauma kepada seseorang.
Baru-baru ini, tular satu ciapan di laman sosial Twitter di mana seorang pengguna telah memuat naik conversationnya dengan seorang pelanggan wanita.
Difahamkan, wanita itu telah membeli lingeries bertujuan untuk berhias cantik di depan suaminya. Tetapi, akhirnya dia memberitahu berita sedih kepada penjual.
Lihat ciapan penuh di bawah:
Bulan lepas ada customer beli lingeries. Dah siap packing, dia cakap nak hold dulu pulak. Iya kan je lah.Lepas sebulan dia whatsapp semula… pic.twitter.com/1xDdoANIWg
— SDalia (@daliajepp) November 30, 2020
Bercerai kerana dirinya dianggap selekeh, wanita itu tidak jadi beli dan minta penjual buat giveaway
Menurut penjual tersebut, wanita itu pada mulanya memberitahu untuk hold barang yang dia beli lagi sebulan.
Namun, selepas sebulan dia tiba-tiba mesej penjual itu dan memberitahu sebenarnya dia sudah bercerai bersama suaminya disebabkan alasan yang tidak masuk akal.
“Sebenarnya saya dah bercerai sebelum sempat saya betulkan kekurangan saya. It is too late for me, saya selekeh dan tak pandai layan suami. Baru sekarang saya ada kekuatan nak cakap pada sis. InshaAllah ada hikmah semua ni. Sis buat giveaway pun ok. Saya halalkan.
“Cuma nasihat saya yang baru kahwin, pakai la cantik-cantik. Rajin-rajin layan suami. Manja-manja dengan suami. Kalau kita malu-malu nak layan suami, ada perempuan lain yang tak tahu malu nak layan suami kita,” katanya.
“Makes me even more scared to get married” – Netizen
Susulan tularnya ciapan tersebut yang kini mendapat 6,600 retweets dan 11,600 likes di Twitter, rata-rata netizen berang dan tidak puas hati dengan suami wanita itu yang ceraikannya hanya kerana dia tidak pandai berhias.
Mereka berpendapat bahawa sebagai suami, dia sepatutnya ada di samping isteri dan mendorong isteri untuk menjadi lebih cantik, bukannya memilih perempuan lain yang lagi cantik dan pandai melayan daripada isterinya.
Malah, netizen menyifatkan suami wanita itu nak berkahwin atas dasar nafsu semata-mata, bukan kerana ikhlas mencintainya. Ada juga yang sampai takut nak berkahwin kerana isu seperti ini.
Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Penulis doakan semoga pasangan yang mendapat ujian berat seperti ini agar terus kuat dan tabah 🙁
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!