Tuesday, September 24, 2024
HomeNews Takut Jarum Punya Pasal, Mak Cik Ini Siap Suruh Nurse Selawat...

[VIDEO] Takut Jarum Punya Pasal, Mak Cik Ini Siap Suruh Nurse Selawat Dulu Sebelum Inject

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, ramai yang mengambil inisiatif untuk menerima vaksin bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini

Walaupun ada yang takut kepada jarum dan trauma dicucuk oleh doktor, anda harus merasa bangga kerana berjaya melawan ketakutan itu demi mengurangkan risiko mendapat penyakit ini.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini di laman TikTok apabila seorang mak cik terlalu takutkan jarum sehingga ragamnya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@noraris01137797

##fyp ##tiktokviral ##ketawa ##suka

bunyi asal – noraris

Takut kena cucuk sampai pakai mask tutup seluruh muka dan suruh nurse selawat sama-sama

Menerusi perkongsian video daripada @noraris, kelihatan mak cik itu sedang berada di dalam kereta untuk menerima vaksin.

Tetapi, apa yang menghiburkan adalah apabila dia secara tiba-tiba mula berselawat dengan kuat dan berulang kali sambil memakai face mask menutup seluruh mukanya.

Rupa-rupanya, mak cik itu terlalu takutkan jarum sehingga dia memaksa nurse bertugas untuk berselawat bersama-sama dengannya sebelum menerima suntikan vaksin.

Setelah ditenangkan oleh tiga orang nurse, akhirnya mak cik itu berjaya disuntik dan salah seorang daripada nurse itu sempat menepuk tangan. Mak cik itu juga dilihat menarik nafas lega kerana berjaya melawan ketakutannya itu.

Image via @noraris01137797 (TikTok)

“Ya Allah, memang nampak takut sungguh. Maaf tergelak” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 401.9K tontonan, 20.3K tanda suka dan 7.4K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat ragam mak cik itu yang terlampau takutkan jarum.

Malah, ada yang berkata mujur misi-misi askar memang suka melayan dan tidak ketawakan mak cik tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @noraris01137797 (TikTok)

Image via @noraris01137797 (TikTok)

Image via @noraris01137797 (TikTok)

Image via @noraris01137797 (TikTok)

Image via @noraris01137797 (TikTok)

Image via @noraris01137797 (TikTok)

Image via @noraris01137797 (TikTok)

Image via @noraris01137797 (TikTok)

Aduhai mak cik ni lawaklah, ada yang takut jarum macam ni juga ke? 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments