Wednesday, September 25, 2024
HomeNews Anak Menangis Ibu Nak Pergi Kerja, Tapi Cara Si Ayah Dodoikan...

[VIDEO] Anak Menangis Ibu Nak Pergi Kerja, Tapi Cara Si Ayah Dodoikan Pula Dipuji Netizen

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai anak yang masih kecil tentunya merupakan sebuah tanggungjawab yang besar buat ibu bapa

Macam-macam ragam dan kerenah kita boleh lihat dalam usia mereka ini sehingga kadang-kadang pening hendak melayannya.

Tambahan pula kalau anak asyik menangis, memang agak susah untuk tenangkan mereka. Pelbagai cara yang ibu bapa lakukan untuk memujuk mereka.

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila cara seorang suami memujuk anaknya yang menangis telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kakjoy18

Terrer pak hang jaga baby. ##kakjoy ##fyp ##fyp ##frontliners

original sound – kak joy

Guna cara sendiri untuk dodoi anak, terus nak tidur

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi bagaimana cara suaminya memujuk anak mereka yang sedang menangis kerana dia perlu keluar pergi bekerja.

Pada mulanya dapat dilihat, kanak-kanak itu menangis sambil terselubung dengan kain pelikat si bapa.

Namun selepas itu, si bapa menggunakan caranya tersendiri dengan meletakkan anak mereka di dalam kain batik si ibu. Dia kemudian cuba mendodoikan anaknya itu dan kanak-kanak itu tidak menangis dan mahu tertidur.

Image via @kakjoy18 (TikTok)

Image via @kakjoy18 (TikTok)

“Terbaiklah suami akak, sekejap je senyap terus” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji cara suaminya itu memujuk kanak-kanak tersebut yang sedang menangis.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 275.2K views, 23.5K likes dan 552 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @kakjoy18 (TikTok)

Image via @kakjoy18 (TikTok)

Image via @kakjoy18 (TikTok)

Image via @kakjoy18 (TikTok)

Image via @kakjoy18 (TikTok)

Image via @kakjoy18 (TikTok)

Terer ayah ya, sekejap je terus anak nak tidur 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments