Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ada dalam kalangan keluarga anda yang suka menguji kesabaran seperti sengaja tak tutup pintu bilik dengan rapat bukan?
Kebiasaannya, sifat ini sering dikaitkan lebih kepada kaum ibu kerana mereka selalu menerjah masuk ke dalam bilik anak dan keluar tanpa menutup pintu dengan rapat.
Walaupun nampak macam remeh, tetapi inilah realiti yang terjadi dalam family kita. Kalau bukan ibu, mesti adik-beradik yang lain sengaja mencari pasal. Betul tak?
Sama seperti sebuah video tular di laman TikTok ini apabila seorang pemuda melakonkan semula tabiat ahli keluarganya yang tidak suka menutup pintu bilik dengan rapat menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Is it so hard to do?
Berlakon watak ibu, ayah dan abang bila masuk bilik tak reti tutup pintu dengan rapat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @imfakhri, kelihatan dia sedang berada di dalam biliknya bermain laptop.
Apa yang menghiburkan adalah dia melakonkan watak sebagai ibu, ayah dan abangnya yang suka menerjah masuk ke dalam bilik dan keluar tanpa menutup pintu dengan rapat.
Lebih melucukan lagi, apabila tiba saja turn ibunya, pemuda itu dilihat mengira jarak pintu biliknya yang hampir rapat tetapi entah bagaimana pintu tersebut boleh terbuka semula membuatkan dia fed up.
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
“Family saya rajin so diaorang buka pintu” – Warganet
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sebanyak 2 juta tontonan, 321.5K tanda suka serta 9K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan dapat relate dengan pemuda tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
Image via @imfakhri (TikTok)
Aduhai, memang betul pun guys perangai mak mak selalu macam ni. Kenapa ya? 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik