Friday, October 4, 2024
HomeNewsTular Video Cara Frontliners Menari Hiburkan Penduduk Di Flat Ini Buat Ramai...

Tular Video Cara Frontliners Menari Hiburkan Penduduk Di Flat Ini Buat Ramai Sebak

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, frontliners merupakan pihak yang paling banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka demi menyelamatkan nyawa pesakit Covid-19

Penat dan lelah mereka bekerja tidak kira masa membuatkan ramai mengasihani mereka kerana ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang lama.

Mereka juga manusia biasa dan sekali sekala ingin melepaskan tension setelah penat bertugas di waktu pandemik ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video para frontliners menari di sebuah kawasan perumahan flat telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@suceng05

Dorang pon bosan cucuk hidung ribuan org##pkpd##pkpdilanjutkan

Dj bara bere papa liat mama muda – DJ Mbon Mbon

Menari ramai-ramai untuk hiburkan penduduk flat

Menerusi perkongsian video oleh @suceng05, kelihatan sekumpulan frontliners berada di perkarangan parking flat itu.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka secara tiba-tiba menari dan menghiburkan penduduk yang berada di balkoni flat lima tingkat itu.

Gelagat mereka itu ternyata membuatkan ramai sebak kerana para frontliners sanggup menghiburkan orang ramai walaupun mereka penat dan panas memakai sut PPE sepanjang masa.

Image via @suceng05 (TikTok)

Image via @suceng05 (TikTok)

“Setiap manusia mesti ada tekanan kerja, yang penting hati mesti happy. Frontliners terbaik” – Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat 1.4M views, 179.1K likes dan 11.3K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat frontliners itu.

Malah, ramai juga yang sebak melihat mereka sedaya upaya membuatkan orang lain gembira. Ada juga yang sempat mendoakan semoga urusan para frontliners dipermudahkan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @suceng05 (TikTok)

Image via @suceng05 (TikTok)

Image via @suceng05 (TikTok)

Image via @suceng05 (TikTok)

Image via @suceng05 (TikTok)

Image via @suceng05 (TikTok)

Image via @suceng05 (TikTok)

Image via @suceng05 (TikTok)

Kami pun mendoakan semoga semua frontliners di Malaysia sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan kerja 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments