Friday, November 22, 2024
HomeNewsPernah Diperli Cikgu Tiada Hala Tuju Kerana Aktif Sukan, Pelajar Ini Luah...

Pernah Diperli Cikgu Tiada Hala Tuju Kerana Aktif Sukan, Pelajar Ini Luah Rasa Kecewa

Zaman persekolahan merupakan zaman yang mendewasakan diri kita dari hari ke hari

Banyak perkara yang kita belajar daripada zaman persekolahan. Daripada sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah.

Pasti telah banyak memori suka dan duka yang tidak dapat kita lupakan sehingga hari ini.

Namun, lain pula dengan kisah gadis ini yang menjadi tular di laman sosial TikTok apabila memuat naik satu video mengenai pengalaman zaman persekolahannya.

Aktif bersukan di sekolah sehingga cikgu memandang rendah

Image via @nuraliah.ms (TikTok)

Menurut sumber, gadis yang dikenali sebagai Aliah itu memberitahu dia mengukir banyak memori indah bersama kawan-kawan termasuklah meraih beberapa anugerah sukan kerana aktif kokurikulum.

Tetapi, di sebalik kisahnya itu dia merasa sedikit terluka dan pernah berkecil hati dengan kata-kata bekas gurunya.

“Cikgu minta maaf pada saya sebab cakap belakang. Cakap saya tiada hala tuju, aktif bersukan semata-mata nak keluar kelas,” katanya.

Pernah dapat anugerah pencapaian dalam bidang kokurikulum tapi dipertikaikan

Mengimbas kembali detik tersebut, Aliah pernah terasa hati dengan seorang guru kerana mempertikaikan anugerah yang diraih atas pencapaiannya dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Tambahnya, ia susulan dia gagal dalam lima subjek sewaktu peperiksaan percubaan SPM pada waktu tersebut.


“Bila dah aktif, saya jarang ada dalam kelas. Dalam seminggu dua hari je dalam kelas”

“Masa tu saya dapat anugerah khas kokurikulum dan tokoh sukan. Ada cikgu kata saya tak layak dapat anugerah sebab result saya teruk,” katanya.

Pernah gagal dalam percubaan SPM, kini dapat melanjutkan pengajian di sebuah universiti

Walaupun pernah gagal dalam percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ianya tidak sesekali mematahkan semangat Aliah untuk terus belajar.

Aliah membuktikan sebaliknya apabila dia berjaya memperolehi keputusan 4A dalam SPM dan berjaya melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Perak.

Namun, dia baru saja menarik diri dari universiti itu dan sedang merancang untuk memohon pengajian dalam bidang Perniagaan atau Komunikasi Massa (Masscomm).

@nuraliahms

Reply to @hakimii2000

original sound – nuraliah.ms

@nuraliahms

Reply to @amman.xn

original sound – nuraliah.ms

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut memberikan pandangan masing-masing mengenai video tersebut

Image via @nuraliah.ms (TikTok)

Image via @nuraliah.ms (TikTok)

Image via @nuraliah.ms (TikTok)

Image via @nuraliah.ms (TikTok)

Image via @nuraliah.ms (TikTok)

Image via @nuraliah.ms (TikTok)

Image via @nuraliah.ms (TikTok)

Kalau kita minat lakukannya sepenuh hati sebab kita sendiri tak tahu apa akan jadi pada masa depan 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments