Monday, December 23, 2024
HomeNews'Suami Masak Apa Hari Ini?' Kekal Teguh Brotherhood, Walaupun Group MAHN Dakwa...

‘Suami Masak Apa Hari Ini?’ Kekal Teguh Brotherhood, Walaupun Group MAHN Dakwa Bakal Tutup

Umum sedia maklum, terdapat banyak lambakan group Facebook yang ada di laman sosial tersebut ketika ini

Lebih-lebih lagi group Facebook yang berkaitan dengan masakan yang sering menjadi platform untuk para pengguna berkongsikan pengalaman mereka ketika memasak, gambar hasil masakan, resepi, menu makanan, dan pelbagai lagi.

Namun begitu, hari ini admin di salah sebuah group masakan di Facebook iaitu Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) menyatakan beliau akan menutup group itu selamanya.

Menurut pengasasnya, Lin Zalika, hal ini kerana ramai ahli MAHN banyak berkongsikan posting yang tiada kaitan dengan group itu.

Image via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Hasil tinjauan di ruangan komen Facebook group masakan itu pula, rata-rata ahlinya meluahkan sedih dan kecewa terhadap dakwaan tersebut kerana mereka banyak belajar resepi baru di laman sosial berkenaan

Ada di antara mereka turut tidak berpuas hati dengan tindakan admin berkenaan yang mahu menutup group masakan paling popular itu.

Malah, ada yang tidak kesah kerana mereka juga mempunyai group masakan yang lain boleh dilawati selain daripada MAHN.

Berikut di bawah antara komen daripada ahli-ahli MAHN:

Image via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Image via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Image via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sementara itu, posting MAHN berkenaan turut mendapat perhatian oleh admin salah sebuah group masakan yang didominasi oleh kaum Adam iaitu Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI)

Menurut Taqiyuddin Arifin, group Masak Apa Hari Ni yang mempunyai ahli seramai 1.5 juta bakal ditutup.

Admin harap semangat brotherhood kita di sini sentiasa kukuh selamanya. Yang baik kita sama-sama support dan yang tak elok sama-sama kita tegur.

Walau pelbagai background, B40/M40/T20 sekalipun.. agama dan bangsa.. masakanlah yang menyatukan kita di sini.

Kipidap semua!

Image via Suami Masak Apa Hari Ini?

Dalam pada itu, rata-rata ahli SMAHI pula menyatakan mereka berbangga mempunyai group yang sentiasa menyokong satu sama yang lain dan kekal bersatu teguh hingga menjadikan group itu sentiasa dalam keadaan harmoni.

Berikut di bawah antara komen daripada ahli-ahli SMAHI:

Image via Suami Masak Apa Hari Ini?

Image via Suami Masak Apa Hari Ini?

Image via Suami Masak Apa Hari Ini?

Tak kisahlah apa sahaja group yang anda join, pastikan sentiasa menjaga tutur kata anda dan hormat-menghormati satu sama lain ya 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments