Menggunakan waktu cikgu lain, luar dari persekolahan dan balik lewat petang untuk membuat kelas tambahan
Image via Naimah Yusuf
Naimah Yusuf adalah seorang guru Kimia di Sekolah Menengah Teknik Terengganu yang telah memberi inspirasi kepada murid-muridnya dengan dedikasi untuk kerjanya.
Guru ini tidak berkira untuk menggunakan rumah, masa dan duit dia sendiri demi pelajaran anak-anak murid kesayangan beliau. Para pelajarnya terkandas di asrama ketika musim pandemik Covid-19, namun begitu beliau tidak mahu mereka ketinggalan ilmu yang sepatut mereka perolehi tidak kira situasi.
Beliau bertindak menyewa sebiji rumah untuk menempatkan hampir satu batch pelajar lelaki sekolah beliau yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun itu. Manakala pelajar perempuan ditempatkan di rumah beliau selama hampir 2 bulan.
Selain itu, beliau memasak untuk mereka makanan hampir setiap hari, dan murid hanya perlu membayar kos dari rumah sewa ke rumah beliau sahaja. Semuanya ditanggung menggunakan duit beliau sendiri tanpa mengeluh.
Salah seorang pelajarnya mencalonkannya untuk Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald, di mana dia dinobatkan sebagai salah satu pemenang
Pelajarnya itu menjelaskan secara terperinci bagaimana Cikgu Naimah menjadi salah satu sebab kenapa mereka merasa terdorong untuk belajar.
Pelajar sekolah berasrama itu menulis, Bismillahirahmanirahim.. guru inspirasi? perlu ke ambil tahu semua ni? ya, bagi aku sebagai seorang pelajar ianya sangat perlu. kenapa ianya perlu? bagi aku, dengan adanya guru inspirasi ini lah yang boleh memotivasikan diri aku.
Kadang-kadang dengan adanya guru macam ini lah yang buat asbab utama aku nak datang sekolah. Yelah segelintir pelajar lain datang sekolah sebab tak sabar nak tengok crush lah pujaan hati lah macam-macam lah.. Aku ni pula tak sabar nak datang sekolah sebab nak jumpa cikgu yang comel dan baik hati ni.. Okay jadi aku mulakan kisah aku bersama cikgu comel ni..
Image via Naimah Yusuf
Aku tak paksa untuk korang baca tapi aku yakin yang korang akan menyesal sekiranya korang tak baca kisah ni.. Pada awal tahun 2019 usia aku 16 tahun dan berada di tingkatan 4, aku ditawarkan untuk masuk ke sekolah teknik, jadi aku pergi sbb mmg cita-cita aku nak jadi engineer… mcm biasa la kalau pergi sekolah teknik ni mesti wajib ambil addmath, fizik, kimia..
Pada masa tu aku ni mmg tak suka kimia sbb bagi aku kimia ni mmg susah.. aku pon kadang jadi menyesal sbb ambil aliran sains teknikal ni.. tapi nak buat mcm mana kan aku tetap kene ambil sbb dah mmg cita-cita..
Masa aku tingkatan 4 memang boleh dikatakan setiap kali aku ada kelas kimia mmg wajib aku tidur kalau tak pon aku tak fokus waktu cg ajar.. pastu masa awal tahun 2020 cg kimia aku masa aku tingkatan 4 dah bersara.. sedih lah jugak tapi nak buat mcm mana setiap pertemuan pasti ada perpisahankan?..
Walaupun dah berkeluarga, Cikgu Naimah sanggup balik lewat petang semata-mata nak buat kelas tambahan untuk para pelajarnya
Image via Naimah Yusuf
Image via Naimah Yusuf
Pada permulaan cg ni mengajar kelas aku.. dia sedih laa jugak sbb kelas aku boleh dikatakan tak terkira jumlah pelajar yang fail kimia setiap kali exam.. tapi pada permulaan aku tengok cg ni dia punya semangat mmg lain macam..
Sumpah aku cakap mmg sepanjang 17 tahun aku hidup aku tak pernah jumpa cg yang semangat mcm ni.. korang nak tahu tak dia punya semangat tu mcm mana?.. okey mcm ni laa korang boleh bayang tak cg yang ade keluarga sanggup balik lewat petang semata-mata nak buat kelas tambahan dan satu lagi dia sanggup ambil waktu cg lain yang tak dapat hadir ke sekolah semata-mata nak ajar kimia..
Pada mulanya aku pon serabut sbb hari-hari dikatakan kelas kimia ada.. yelaa aku kan dah mmg tak suka kimia dari zaman tingkatan 4.. aku ni setiap kali exam tak pernah lulus.. tapi setelah allah hadirkan cg ni untuk ajar kelas aku alhamdulillah hati aku terbuka untuk cuba sayang dengan subjek kimia..
Tapi aku perasan bukan aku sorang je yang jadi mcm ni malah kawan-kawan aku yang lain pon dah jarang nak tengok dia tidur dlm kelas bila subjek kimia..pada masa tu jugak kelas aku sama-sama strugle kimia..
Pada awal PKP 2.0, Cikgu Naimah hantar pesanan dalam group kelas dan tawarkan kepada para pelajarnya untuk bermalam di rumah dia sambil belajar
Image via Naimah Yusuf
Masa tu jugakla kelas aku berbincang nak pergi atau tak.. disebabkan semangat cg tu kami sekelas pergi bermalam di rumah cg ni.. untuk makluman kamu semua.. sekolah teknik ni seluruh negeri ada..
Dalam kelas aku pulak ade yang asal dari selangor, kelantan, johor, putrajaya dan lain-lain lagi laa… kalau korang nak tahu kami bermalam bukan 2/3/4 malam dekat rumah cg tu tapi kami bermalam 1 bulan 2 minggu dekat rumah cg tu… bayangkan kelas aku sahaja dah 25 orang dan ada lagi dlm 8 orang kelas lain..
Waktu ni cg tempatkan pelajar lelaki di rumah sewa dan pelajar perempuan di rumah dia.. bayangkan selama 1 bulan 2 minggu kami disana kos penginapan dan makan dah tak perlu dibayar.. katanya dia sponsor.. cuma kami bayar kos pengangkutan je dari rumah sewa ke rumah cg untuk pergi kelas tambahan.. pukul 10 pagi hingga 10 mlm kami akan berada dirumah cg untuk belajar..
Sepanjang berada di rumah beliau bukan ilmu Kimia sahaja yang mereka perolehi malah pelbagai ilmu lain juga
Image via Naimah Yusuf
Image via Naimah Yusuf
Image via Naimah Yusuf
Cg ni dan family dia mmg semua orang baik.. suami dia selalu nasihatkan kami tentang masa depan setiap kali selepas solat berjemaah.. disini juga kami dilatih untuk menjadi iman,bilal dan disini jugak kami diajar tentang adab sembahyang dan adab dlm berkawan oleh suami beliau..
Di rumah cg ini jugak kami diajar berdikari dan bekerjasama dalam sesuatu perkara.. contohnya, setelah waktu makan tiba kami semua bekerjasama untuk menyiapkan hidangan.. disinilah bermula ilmu masakan kami di terapkan.. disinilah kami belajar untuk memotong sayur,ayam,daging dan lain-lain..
Walaupun cg ni mempunyai keluarga tapi beliau tetap gigih dalam melakasanakan tanggungjawabnya dlm mendidik pelajarnya.. peristiwa ini memberi saya inspirasi kerana dengan hadirnya cg ini beliau telah membuatkan hubungan kami sekelas menjadi makin rapat dan menyangi kawan yg lain antara satu sama lain..
Tambahan pula dgn peristiwa ini juga membuatkan hubungan keluarga aku dan keluarga sahabatku yang lain menjadi rapat.. alhamdulillah dengan semangat dlm tunjuk ajar cg ini kelas kami dapat membuktikan bahawa kimia ini menyeronokkan sehingga kelas kami berjaya mengurangkan gred G dan memperbanyakkan gred C keatas dlm TRIAL SPM 2020..
Alhamdulillah dengan adanya slogan kiia itu mudah insyaallah A+ kami berjaya mengharungi ujian sehingga berjaya menduduki peperiksaan kimia SPM 2020 dengan tenang.. insyaallah doakan result kami semua cemerlang.. saya cukup terinspirasi dengan cg ni sehinggakan saya ingin menjadikan cita-cita saya sebagai guru teknikal.. kenapa saya ingin menjadi guru? kerana saya ingin memberi manfaat kepada orang lain mcm cg saya ini buat… Insyaallah..
Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 dan senarai para pemenang yang lain. Anda oleh saja klik di sini. Selamat Hari Guru!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik

