Saturday, September 28, 2024
HomeNews "Geramnya!" - Gelagat Baby Ini Ejek Mimik Muka Bila Si Atuk...

[VIDEO] “Geramnya!” – Gelagat Baby Ini Ejek Mimik Muka Bila Si Atuk Marah Curi Tumpuan

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai bayi yang masih kecil sememangnya sangat seronok kerana kita dapat lihat pelbagai telatah mereka yang mencuit hati

Kebiasaannya, semasa fasa bayilah mereka cepat belajar macam-macam daripada orang sekeliling terutamanya ibu bapa yang paling rapat dengan mereka.

Contoh paling dekat adalah dengan meniru mimik muka. Anda pasti sering melihat baby pandai buat muka monyok, muka ‘busuk’, menangis, gelak dan sebagainya bukan?

Tetapi, berbeza pula dengan video yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila seorang bayi pandai meniru mimik muka atuknya ketika sedang marah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@lailiiliyas99

Baru 5 bulan dah pandai perli orang *abaikan aku yg tersasul tu sebab dok tahan gelak

original sound – Laili Maisarah

Baru 5 bulan dah pandai perli orang, ejek muka atuk bila tengah marah

Menerusi perkongsian video daripada Laili Maisarah, kelihatan baby itu diminta oleh ibunya untuk membuat mimik muka seperti atuknya semasa sedang marah.

Seolah-olah faham dengan permintaan si ibu, baby itu pantas mengejek muka atuknya dengan membuat mulut senget dan cebik berulang kali.

Reaksi spontannya itu sekali gus membuatkan ibunya gelak sakan kerana tidak sangka anaknya yang baru berusia lima bulan sudah pandai ‘buat muka’.

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

“Ni mesti atuk dia dukung dok buat muka macam tu. Hahaha tak padan dengan kecik, pandai betul dia perli atuk” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat sehingga 283.3K views, 30K likes serta 1.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat baby comel itu.

Malah, ada juga yang tidak menyangka umurnya baru lima bulan dan terfikir kalau umurnya lima tahun nanti confirm garu kepala melihat telatahnya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Alahai, comel sungguh la awak ni. Agak-agaknya mimik muka siapa lagi dia pandai tiru ya? 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments