Thursday, October 10, 2024
HomeNewsREV Media Group Dianugerahkan 'Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini' Buat Kali Kedua

REV Media Group Dianugerahkan ‘Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini’ Buat Kali Kedua

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

REV Media Group (RMG) yang sebelum ini dikenali sebagai Media Prima Digital sekali lagi dianugerahkan Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini oleh d Awards 2020, Malaysian Digital Association (MDA), sekali gus membawa pulang anugerah emas dua tahun berturut-turut

Pada edisi d Awards yang lalu, RMG memenangi anugerah sama sejak kategori itu diperkenalkan buat pertama kali pada 2019, menjadikan RMG pemenang tunggal kategori itu setakat ini.

Selain itu, RMG juga dinobatkan peraih anugerah perak bagi Penggunaan Data Terbaik dan menjadi calon finalis bagi kategori Penggunaan Media Sosial Terbaik tahun ini untuk kempennya dengan Ecoworld berjudul Shaping Opinions Through The Opinions Of Others.

Image via WOBB

Nandini a/p Balakrishnan juga dinobatkan sebagai ‘Influencer Terbaik Tahun Ini’

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Rafiq Razali berkata, pihaknya sangat berbesar hati atas segala usaha kumpulan dalam menyampaikan kandungan dan penyelesaian yang terbaik di seluruh platform mendapat perhatian pemimpin industri.

“Penganugerahan Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini buat kali kedua berturut-turut membuktikan komitmen dan konsistensi kumpulan ke arah mencapai matlamat perniagaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Nandini a/p Balakrishnan.
Image via REV Media Group

Sementara itu, salah seorang bakat RMG iaitu Nandini a/p Balakrishnan juga telah dinobatkan sebagai ‘Influencer Terbaik Tahun Ini’. Nandini terkenal dengan video-videonya membincangkan isu semasa yang mencetuskan pemikiran sambil berkongsi pendapatnya dengan karakternya yang bersahaja di SAYS.

d Awards dianjurkan oleh Malaysian Digital Association untuk mengenal pasti dan menghargai bakat, agensi, jenama, penerbit dan pembekal perkhidmatan digital yang menerima dan menggunakan teknologi digital. Untuk maklumat lanjut mengenai pemenang tahun ini, layari www.d-awards.com.my.

Image via REV Media Group

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments