Friday, October 11, 2024
HomeNews"Aku Nak Balik Kedah" - Gadis Ini Lepas Rindu Tengok Ibu Ayah...

“Aku Nak Balik Kedah” – Gadis Ini Lepas Rindu Tengok Ibu Ayah Walaupun Di Pintu Sempadan

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui larangan rentas negeri masih dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengawal jangkitan Covid-19 daripada terus merebak

Sudah pasti ini adalah perkara yang amat menyedihkan, tambahan lagi bagi mereka yang sudah lama tidak berjumpa dengan ibu bapa dan tidak boleh pulang ke kampung halaman.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Instagram seorang gadis yang memaparkan luahan rindunya apabila dapat melihat kedua-dua orang tuanya di pintu sempadan secara jauh. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Sedih tidak boleh rentas negeri, jumpa di pintu sempadan pun dah cukup happy

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan gadis berkenaan berkongsi pertemuan yang bermakna bersama ibu bapanya yang sudah lama terpisah sejak kerajaan menguatkuasakan larangan merentas negeri.

Mereka kemudian berjumpa di sempadan negeri Kedah dan Perlis yang ternyata membuat ramai mengalirkan air mata. Kedua-dua orang tua gadis berkenaan dilihat berjalan menghampiri sekatan jalan raya yang melibatkan negeri Perlis dan Kedah.

Walaupun hanya dari jauh, tetapi pertemuan itu ternyata mengurangkan kerinduan gadis itu terhadap ibu bapanya. Sebelum itu, video tersebut telah tular di laman TikTok, tetapi ianya telah bertukar kepada private.

Image via @ceksyaee (Instagram)

Image via @ceksyaee (Instagram)

Siapa je tak sedihkan bila berbulan-bulan tak jumpa mak ayah. Dapat jumpa sekejap pun dah happy 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments