Friday, October 4, 2024
HomeNewsWanita Ini Cuba Masak 'Sotong Kembang' Guna Pressure Cooker, Tapi Lain Pula...

Wanita Ini Cuba Masak ‘Sotong Kembang’ Guna Pressure Cooker, Tapi Lain Pula Yang Jadi

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebut je sotong kembang, pasti meleleh air liur bila terbayang kesedapannya makan bersama nasi lemak. Fuhh!

Aroma sambal tumis yang membuka selera, confirm menambah kalau dapat makan dengan nasi panas-panas bukan?

Namun, ramai yang berpendapat cara untuk masak sotong kembang ini agak leceh. Sama seperti perkongsian daripada seorang wanita ini di laman Facebook group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL yang telah membuatkan ramai terhibur.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

Image via Norliza Liza (Facebook)

Semangat nak masak sambal sotong kembang, tapi lain pula yang jadi

Menerusi perkongsian daripada Norliza Liza, dia menceritakan kisahnya yang baru pertama kali ingin memasak sambal sotong kembang.

Namun lain pula yang terjadi apabila dia tersalah setting periuknya iaitu menekan suhu untuk merebus daging kerana selama ini dia hanya menggunakan pressure cooker untuk memasak daging saja.

“Alih-alih bila buka periuk akak pun nak keluarkan sotong, ehhh mana pergi sotong ni. Sambal dah elok masak, sotong ni nyorok. Tak puas hati akak tuang je dalam singki”

“Nah, surprise! Tinggal seperti dalam gambar je. Rupa-rupanya akak salah setting periuk, tertekan untuk daging. Selalu setting daging je, hari ni ambik. Tinggal tu je nak masuk dalam sambal sebelanga. Nasib sotong dah hancur lebur, dapat bau je,” katanya.

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

“Kalau saya kena, tak tahu nak nangis ke nak gelak. foodpanda je la macam ni” – Netizen

Posting itu tular dalam masa sehari sehingga kini mendapat 12K likes, 2.7K comments dan 310 shares di Facebook group tersebut.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur membaca perkongsian daripada wanita tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Image via Norliza Liza (Facebook)

Habislah kecur air liur nak makan sambal sotong kembang. Bertabahlah ya sis 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments