Sunday, September 29, 2024
HomeNewsGelagat Wali Ini 'Tersasul' Sebut Nama Sendiri Semasa Akad Nikah Anaknya Buat...

Gelagat Wali Ini ‘Tersasul’ Sebut Nama Sendiri Semasa Akad Nikah Anaknya Buat Ramai Dekah

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang bapa yang menjadi wali untuk anak perempuan semasa akad nikah, sudah pastinya detik itu agak sukar

Ayah mana yang tak sayangkan anak, lebih-lebih lagi nak melepaskan tanggungjawab kepada orang baru untuk menjaga mereka. Sudah semestinya saat itu membuatkan para bapa sebak apabila tibanya hari pernikahan si anak.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video viral di laman Twitter baru-baru ini apabila gelagat spontan seorang wali mencuri tumpuan ramai dan mencetuskan momen lucu.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Tersasul sebut nama sendiri semasa proses ijab dan kabul

Menerusi perkongsian video daripada @nayzee_, kelihatan ayahnya ketika itu sedang membaca teks akad nikah sebagai wali bagi anak perempuannya iaitu kakak kepada gadis tersebut.

Namun apa yang menghiburkan orang ramai adalah sebaik saja dia menyebut “aku nikahkan dikau dengan anakku”, dia mengakhiri ayat itu dengan namanya sendiri iaitu Rozali.

Semua tetamu di situ spontan berdekah apabila melihat gelagat ayah pengantin perempuan yang mungkin nervous dan excited pada masa yang sama.

Tok kadi yang bertugas turut tidak dapat menahan ketawa kerana si wali siap bersalam tangannya akibat malu dengan kejadian tersebut.

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

“Mengurut dada pengantin lelaki, lain macam cara dia sailang anak sendiri hahahaha” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang sehingga kini mendapat 290.5K views, 13.2K retweets dan 21.4K likes di Twitter, rata-rata warganet turut terhibur melihat video berkenaan.

Ada juga sempat berkongsi kisah sama yang berlaku kepada ayah mereka ketika ingin menikahkan anak perempuan mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Image via @nayzee_ (Twitter)

Aduhai lawak betul pak cik ni, mesti nervous sangatlah tu kan 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments