Saturday, September 28, 2024
HomeNewsTular Video Proton Wira Ini Cuba Ambil Kesempatan Guna 'Siren Bomba' Untuk...

Tular Video Proton Wira Ini Cuba Ambil Kesempatan Guna ‘Siren Bomba’ Untuk Elak Jammed

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siren bomba, ambulans atau polis hanya akan dibunyikan sekiranya berlaku kecemasan di sesuatu kawasan

Kebiasaannya jika kita dengar saja bunyi siren itu, semua kereta akan cepat-cepat memberikan laluan kepada kenderaan tersebut itu lalu bukan?

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sebuah Proton Wira dikatakan mengambil kesempatan atas bunyi siren bomba gara-gara nak elak jammed dan membuatkan ramai naik angin.

Lihat video penuh itu di bawah:

@wawan0405

Tolong beri kerjasama sekiranya mendengar siren kecemasaan dan jangan contohi seperti pemandu yang berada di dalam video ini TERIMA KASIH ‍

bunyi asal – Mohd Ridzwan Shah

Bertindak halang van bomba untuk lalu dan selamba mengambil kesempatan atas kereta lain yang memberikan laluan

Menerusi rakaman dari dashcam van bomba itu, pemandu Proton Wira tersebut dilihat bertindak mengambil kesempatan apabila siren berbunyi.

Sewaktu kenderaan lain memberikan laluan untuk bomba lalu, pemandu tersebut secara tiba-tiba berada di depan van bomba dan meneruskan perjalananannya melepaskan diri dari kesesakan lalu lintas.

Perkara itu telah menimbulkan kemarahan anggota bomba yang memuat naik video berkenaan di laman TikToknya dengan kapsyen “tolong beri kerjasama sekiranya mendengar siren kecemasan dan jangan contohi seperti pemandu yang berada di dalam video ini”.

Image via @wawan0405 (TikTok)

“Obviously kereta tu ambil kesempatan bukan nak tolong. At the first place dia boleh je ke tepi kiri and bagi laluan” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 2.6M tontonan, 207.6K tanda suka serta 4.9K perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut naik angin dan merasa geram selepas melihat aksi selamba pemandu Proton Wira tersebut yang seolah-olah mementingkan diri dan tiada common sense.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @wawan0405 (TikTok)

Image via @wawan0405 (TikTok)

Image via @wawan0405 (TikTok)

Image via @wawan0405 (TikTok)

Image via @wawan0405 (TikTok)

Image via @wawan0405 (TikTok)

Image via @wawan0405 (TikTok)

Image via @wawan0405 (TikTok)

Image via @wawan0405 (TikTok)

Image via @wawan0405 (TikTok)

Jangan buat macam ni guys, kan dah menyusahkan orang lain.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments