Friday, September 27, 2024
HomeNews Curi 'Kulit Ayam' Teman Wanita, Situasi Lelaki Ini Buat Ramai Dapat...

[VIDEO] Curi ‘Kulit Ayam’ Teman Wanita, Situasi Lelaki Ini Buat Ramai Dapat Relate

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Restoran makanan segera sudah pasti menjadi kegemaran ramai kerana menunya yang menarik dan tampak menyelerakan

Antara restoran makanan segera yang popular di Malaysia adalah McDonald’s, KFC, Burger King dan banyak lagi.

Sesetengah orang pasti mempunyai satu menu yang menjadi pilihan hati mereka contohnya seperti ayam goreng. Siapa saja tidak suka ayam goreng bukan? Tambahan lagi dengan kulit ayamnya yang begitu rangup sekali. Memang boleh buat gaduh kalau siapa yang ambil.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki mencuri kulit ayam goreng teman wanitanya secara senyap-senyap mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Curi makan kulit ayam goreng teman wanita semasa dia keluar

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan kekasih itu berada di dalam sebuah kereta dan mengeluarkan bungkusan makanan untuk dimakan bersama.

Kelihatan teman wanitanya sedang makan ayam goreng daripada McDonald’s dan dia mengasingkan kulit ayam tersebut. Kemudian, dia keluar daripada kereta sebentar.

Namun, teman lelakinya mengambil kesempatan untuk mencuri kulit ayam teman wanitanya secara senyap-senyap semasa dia keluar.

Apabila teman wanitanya itu masuk semula ke dalam kereta, dia terkejut melihat kulit ayamnya itu telah hilang dan terus memukul teman lelakinya itu dengan botol sambil menangis.

Image via @haziqaiman_ (Twitter)

Image via @haziqaiman_ (Twitter)

“Girls really be crying over small things” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen seolah-olah dapat relate dengan video tersebut.

Malah, ada yang berpendapat bahawa kulit ayam sememangnya boleh membawa kepada pergaduhan. Ada juga yang keliru mengapa wanita itu menangis hanya disebabkan kulit ayam.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 128.5K views, 2,892 retweets dan 4,487 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Bab favourite part makanan ni jangan buat main. Memang boleh buat gaduh tau 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments