Mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan, namun ingin diingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa
Menerusi sumber, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, mana-mana suntikan tidak membatalkan puasa kerana ianya bukan membabitkan rongga terbuka.
Jelas beliau lagi, suntikan vaksin Covid-19 juga tidak membatalkan puasa individu yang mendapatkannya pada bulan Ramadan ini.
Malah, katanya, ujian calitan dalam hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.
Dalam pada itu, Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh juga turut menjelaskan perkara yang sama mengenai isu itu
Image via Republika
Menurut laporan Arab News, beliau memberitahu menerima suntikan vaksin Covid-19 ketika berpuasa tidak akan membatalkan ibadah itu.
“Vaksin Covid-19 tidak membatalkan puasa kerana ia bukan dianggap sebagai makanan dan minuman.
“Vaksin itu diberikan secara intramuskular, justeru ia tidak membatalkan puasa,” katanya.
Jadi, jangan risau lagi ya puasa korang tak batal pun 😉
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!