Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap hari pasti ada saja telatah dan gelagat comel daripada kanak-kanak yang dapat kita lihat di media sosial
Telatah mereka ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa bosan kita ketika melihatnya, apatah lagi ibu bapa yang membesarkan kita.
Pasti kadang-kadang naik pening juga nak layan karenah mereka ini bukan? Semakin mereka membesar semakin banyak benda yang telah dipelajari. Ada kalanya sampai bertanyakan dan memberikan jawapan yang tidak disangka.
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang ayah bertanyakan apa anaknya mahu buat jika ada duit banyak dan jawapannya sangat menghiburkan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ku mengharapkan jawapan lain tapi jawapan lain yang keluar pic.twitter.com/Hx4lSAiZyj
— fs. (@fyaireez) March 10, 2021
Ayah mengharapkan jawapan lain, tapi lain pula yang dijawab
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ayah dan anak perempuan sedang berada di dalam kereta sambil berbual.
Selepas itu, si ayah menanyakan kepada anaknya apa yang dia mahu lakukan jika mempunyai banyak duit. Kanak-kanak itu dengan pantas menjawab mahu membeli adik. “Yaya nak beli baby,” katanya.
Malah, kanak-kanak itu juga berulang kali memberitahu ayahnya mahu membeli adik sehingga membuatkan si ayah pening mendengarnya.
“Kalau adik boleh beli dekat Shopee, tiap-tiap tahun aku order” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memuji kecomelan kanak-kanak tersebut.
Malah, ada yang menganggap jika adik boleh dibeli dari Shopee tentu saja setiap tahun dia akan membelinya. Ada juga yang menyifatkan jawapan kanak-kanak itu sangat konsisten ketika menjawab.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 201.2K views, 5,490 retweets dan 12.6K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Haha.. comei.. Sama ngan anak i.. sampai darjah 1 dok akak p beli adik kat kedai…Kalau la ‘adik’ tu boleh beli… Mommy dia ni dah order satu set dah kembaq.. Apa kan daya.. tolong doakan rezeki kami guys..utk dapat anak ke2.anak i dah 9 thn smalam..dah 9 thn b’usaha.
— Cik No-ra (@TunDelima) March 10, 2021
Kalau adik boleh beli dkt shoppe tiap2 tahun aku order dari shoppe nak adik kecik punya pasai hahahah
— مودَّة (@Mawaddd_) March 10, 2021
Comei jaa jawapan depa kalau umoq baya2 hat ni. Tanya anak buah aku cita2 nak jadi apa masa dia umoq yaya ni dia habaq nak jadi teloq. Jem teruih aku hahahaha rilex sungguh hidup sampai nak jadi teloq.
— NaZiha22 (@NZiha22) March 11, 2021
Jawapan dia konsisten. Baby, adik, baby, adik.
— SonOfRain (@MdAeEmAi) March 10, 2021
Tiap tiap hari kalau cakap dengan yaya mcm ni seronok je ek
— ali (@alihamzah__) March 10, 2021
Comelnya nampak macam tak fokus, macam tak dengar soalan tapi jawab dgn tepat. Bijak.
— Stania (@Phatastix) March 11, 2021
yaya nak beli adik kat mana tu? hihi
— bintangterang (@a15989297) March 11, 2021
Comel je jawapan dia cakap nak beli adik tu 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!