Umum sudah mengetahui sifat peribadi Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat Malaysia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai seorang yang merendah diri
Salah satu aktiviti hariannya iaitu memasak sering mendapat perhatian rakyat kerana menu baginda yang pasti membuatkan air liur meleleh setiap kali melihat resepi yang dikongsi di laman akaun Instagram peribadinya.
Namun baru-baru ini tular sebuah rakaman yang memaparkan gelagat comel Baginda Tunku Azizah di dalam kamera ketika sedang bersiaran secara langsung di TV1.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Curi-curi makan semasa sedang live di TV1, siap buat muka comel lepas kantoi aksinya dirakam kamera
Menerusi video berkenaan yang dipercayai telah dimuat naik oleh laman TikTok fans Tunku Azizah, gelagat baginda berjaya mencuit hati netizen.
Tunku Azizah dilihat sedang mengambil makanan di meja depannya sambil membuka sedikit face mask untuk makan.
Namun, sebaik saja baginda menyedari aksinya itu dirakam, baginda dengan pantas memasukkan makanan ke dalam mulutnya sambil ketawa kecil.
Walaupun potongan video itu hanya beberapa saat saja, tetapi reaksi muka Tunku Azizah selepas kantoi curi-curi makan itu telah menghiburkan orang ramai.
“Ala tuanku, kantoi pun comel. Lawaklah tuanku” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 600K views, 151K likes dan 10K comments di laman Instagram milik Tunku Azizah.
Rata-rata netizen terhibur melihat aksinya dan mereka memuji kecomelan Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat Malaysia itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Macam mana rakyat tak sayang, Tunku Azizah memang humble dan sporting orangnya <3
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!